Loading...

Seronok dibawa membeli-belah

Loading...
Seronok dibawa membeli-belah - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Seronok dibawa membeli-belah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Seronok dibawa membeli-belah
link : Seronok dibawa membeli-belah

Baca juga


Seronok dibawa membeli-belah

DUA ratus anak yatim dari kariah Masjid Al-Irsyad, Desa Paya Mengkuang, Gelang Patah, Johor, dibawa membeli belah kelengkapan sambutan Aidilfitri sempena program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) Khas Ramadan di Commercial Street Forest City dan Pasaraya Besar Giant, Tampoi, hari ini.

Program kali ini yang menyaksikan Forest City sebagai penaja utama turut meraikan 50 ibu tunggal dan 50 asnaf dari sekitar Mukim Tanjung Kupang untuk diberi bantuan.

Pengarang Eksekutif (Pengeluaran /BPI) Harian Metro merangkap Pengerusi TKHM, Othman Mamat berkata, TKHM adalah program yang dekat di hati masyarakat sejak 10 tahun lalu termasuk pada Ramadan kerana ia mengenal pasti golongan kurang bernasib baik untuk diraikan supaya mereka tidak terkecuali merasakan kenikmatan Aidilfitri.

Katanya, 300 insan kurang bernasib baik termasuk anak yatim, asnaf dan ibu tunggal di Mukim Tanjung Kupang, Gelang Patah yang terletak 34 kilometer dari pusat bandar raya Johor Bahru dipilih sebagai tetamu TKHM yang akan diadakan dua hari mulai hari ini di Masjid Al-Irsyad.

"Hari ini, rombongan 200 anak yatim berusia empat hingga 17 tahun dibawa membeli-belah di Forest City dan Pasaraya Giant bagi membeli pelbagai barangan kelengkapan Aidilfitri.

"Kegembiraan mereka turut dimeriahkan lagi dengan majlis berbuka puasa selepas membeli belah sebelum dihantar semula ke Masjid Al-Irsyad.

"Esok, program seterusnya di perkarangan Masjid Al-Irsyad adalah majlis penyembelihan dan melapah lembu serta rewang bagi menyediakan hidangan berbuka puasa di masjid berkenaan," katanya ketika membawa anak yatim membeli -belah kelengkapan Aidilfitri di Pasaraya Giant Tampoi, hari ini.

OTHMAN (tiga kiri) dan Mustapa (dua kanan) membawa anak yatim membeli -belah kelengkapan Aidilfitri. FOTO Zulfadli Zulkifli

Turut hadir, Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar dan Ketua Komunikasi Korporat Forest City, Aeron Munajat.

Menurut Othman, program esok juga akan menyaksikan penganjuran pertandingan mewarna dan kelas tuisyen untuk anak yatim dan anak kariah masjid manakala sukarelawan TKHM dan penduduk kampung serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) akan bergotong-royong memasak juadah berbuka puasa.

Aktviti pada sebelah petang termasuk kunjungan TKHM ke kediaman keluarga asnaf untuk menyampaikan #HMKotakRezeki2017 serta majlis penyampaian bantuan, pakaian dan duit raya kepada anak yatim, daif dan ibu tunggal di pekarangan masjid sebelum mereka dihidangkan dengan jamuan makan berdulang pada waktu berbuka puasa.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s4AYpd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Seronok dibawa membeli-belah

Itulah artikel Seronok dibawa membeli-belah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Seronok dibawa membeli-belah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/seronok-dibawa-membeli-belah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Seronok dibawa membeli-belah"

Catat Ulasan

Loading...