Loading...

'SI TUA' Yang Dera Kanak-kanak, Sudah Ditahan Polis Untuk Tindakan Lanjut

Loading...
'SI TUA' Yang Dera Kanak-kanak, Sudah Ditahan Polis Untuk Tindakan Lanjut - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'SI TUA' Yang Dera Kanak-kanak, Sudah Ditahan Polis Untuk Tindakan Lanjut, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 'SI TUA' Yang Dera Kanak-kanak, Sudah Ditahan Polis Untuk Tindakan Lanjut
link : 'SI TUA' Yang Dera Kanak-kanak, Sudah Ditahan Polis Untuk Tindakan Lanjut

Baca juga


'SI TUA' Yang Dera Kanak-kanak, Sudah Ditahan Polis Untuk Tindakan Lanjut


Polis sudah menahan wanita yang mendera seorang kanak-kanak dalam video yang tular di Facebook dipercayai berlaku sebuah rumah di Taman Puchong Perdana, Puchong malam semalam.

Video berkenaan dirakam seorang individu dan tular di laman sosial termasuk aplikasi WhatsApp sejak malam semalam.

Rakaman berdurasi dua minit 15 saat itu memaparkan seorang wanita memukul seorang kanak-kanak berusia lingkungan enam tahun sekurang-kurangnya 30 kali menggunakan kayu.

Ketika kejadian, kanak-kanak itu sedang makan sebelum wanita berkenaan mengarahkan kanak-kanak terbabit beredar dari meja makan kerana menumpahkan makanan.

Sebaik mangsa bangun, wanita itu memukul kanak-kanak berkenaan berkali-kali sehingga menangis.

Selepas dipukul, kanak-kanak itu mengosok badannya kerana kesakitan.

Daripada rakaman mendapati wanita itu berkata dalam bahasa Tamil bahawa dia tidak kisah jika video yang dirakam menjadi viral.

Difahamkan terdapat dua lagi video yang menunjukkan jiran wanita terbabit mempertikaikan sikap berangnya terhadap mangsa.

Dipercayai kanak-kanak berkenaan bukan ahli keluarga wanita terbabit, sebaliknya mangsa hanya dijaga sementara waktu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azlin Sadari berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian.

"Mangsa sudah diselamatkan dan wanita terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

"Perkembangan kes akan dimaklumkan kelak," katanya.

Sumber: Harian Metro


Thus Article 'SI TUA' Yang Dera Kanak-kanak, Sudah Ditahan Polis Untuk Tindakan Lanjut

Itulah artikel 'SI TUA' Yang Dera Kanak-kanak, Sudah Ditahan Polis Untuk Tindakan Lanjut Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 'SI TUA' Yang Dera Kanak-kanak, Sudah Ditahan Polis Untuk Tindakan Lanjut dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/si-tua-yang-dera-kanak-kanak-sudah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'SI TUA' Yang Dera Kanak-kanak, Sudah Ditahan Polis Untuk Tindakan Lanjut"

Catat Ulasan

Loading...