Tajuk : Siti Kassim Didakwa Halang Tugas Penguat Kuasa Jawi
link : Siti Kassim Didakwa Halang Tugas Penguat Kuasa Jawi
Siti Kassim Didakwa Halang Tugas Penguat Kuasa Jawi
KUALA LUMPUR -Seorang peguam didakwa di Mahkamah Majistret hari ini, atas tuduhan menghalang tugas penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), tahun lalu.
Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim, 54, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menghalang Siti Nor Jihan Saleh @ Md Ghazali, 36, untuk menjalankan tugas di dewan tingkat 2, Hotel Renaissance di sini, pada jam 10.30 malam, 3 April 2016.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Peguam Roger Chan Weng Keng dalam rayuan, memohon anak guamnya diberi jaminan tanpa cagaran.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif tidak menawarkan jaminan. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Ogos untuk sebutan semula kes.
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sXCn18
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Siti Kassim Didakwa Halang Tugas Penguat Kuasa Jawi
Anda sedang baca artikel Siti Kassim Didakwa Halang Tugas Penguat Kuasa Jawi dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/siti-kassim-didakwa-halang-tugas.html
0 Response to "Siti Kassim Didakwa Halang Tugas Penguat Kuasa Jawi"
Catat Ulasan