Loading...

Skandal 1MDB Secara Ringkas, Berapa Banyak Wang Yang Hilang?

Loading...
Skandal 1MDB Secara Ringkas, Berapa Banyak Wang Yang Hilang? - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Skandal 1MDB Secara Ringkas, Berapa Banyak Wang Yang Hilang?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Skandal 1MDB Secara Ringkas, Berapa Banyak Wang Yang Hilang?
link : Skandal 1MDB Secara Ringkas, Berapa Banyak Wang Yang Hilang?

Baca juga


Skandal 1MDB Secara Ringkas, Berapa Banyak Wang Yang Hilang?

Mungkin sesetengah kita masih keliru tentang skandal 1MDB melibatkan ‘kehilangan’ puluhan bilion ringgit wang negara.
NAJIB+1MDB

Apa yang pasti, skandal terbesar dalam sejarah Malaysia ini telah membabitkan nama Perdana Menteri, Najib Razak sendiri.

Ramai yang tertanya-tanya apa dan berapakah jumlah nilai yang telah diseleweng serta apa pula kaitannya dengan rakyat Malaysia.

Bercakap dalam Sidang Meja Bulat Selamatkan Malaysia, Tony Pua berkata, jumlah wang yang ‘digelapkan’ ialah AS$5.612 bilion atau RM24.7 bilion.

RM24.7 bilion jumlah pelaburan yang ‘diangkat’ dari akaun 1MDB sudah hilang.

Ini tak termasuk kerugian daripada aktiviti dan transaksi ‘rasmi’ seperti pengambilalihan syarikat penjanakuasa, fi (caj) melampau kepada Goldman Sachs, diskaun bon luar biasa, pelaburan hartanah dan sebagainya.

Apa dan berapa jumlah yang diseleweng?

1) AS$1.83 bilion – Pelaburan Petrosaudi

2) AS$1.367 bilion – “Cagaran” Aabar (BVI)

3) AS$0.855 bilion – “Cagaran Tambahan” Aabar (BVI)

4) AS$1.56 bilion – Pelaburan 1MDB “Global Investment”

Jumlah: AS$5.612 bilion atau RM24.7 bilion

1MDB bukanlah agensi kerajaan. Namun, apa yang pasti, 1MDB ialah syarikat pembangunan milik penuh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Kerajaan juga turut memberi beberapa pinjaman dan jaminan hutang yang dibuat oleh syarikat itu.

Jumlah jaminan hutang, pendahuluan dan lain-lain bayaran yang dijamin kerajaan berjumlah RM39.8 bilion dan ini belum termasuk pinjaman lain yang melibatkan projek Bandar Malaysia, Tun Razak Exchange (TRX) dan lain-lain.

Berikut disenaraikan apa dan berapa yang terpaksa ‘ditanggung’ rakyat Malaysia:

5) RM5.0 bilion – Bon 30 tahun jaminan kerajaan (2009)

6) RM0.8 bilion – Pinjaman 10 tahun dari SOCSO pada 2010 (dijamin kerajaan)

7) US$3.5bn – Bon 10 tahun dijamin IPIC yang ditanggung MOF Inc (Kementerian Kewangan Diperbadankan) (2012)

8) AS$3.0 bilion – Bon 10-tahun, “Surat sokongan” kerajaan (2013)

9) AS$1.0 bilion – Pendahuluan IPIC, ditanggung by MOF Inc (2015)

10) AS$0.23 juta – Bayaran faedah oleh IPIC, ditanggung MOF Inc (2015/6)

Jumlah = RM5.8 bilion + AS$7.73 bilion = RM39.8 bilion

11) Oleh kerana hutang 1MDB terlalu besar dan membebankan, kerajaan terpaksa pula ‘tutup lubang’ hutang 1MDB melalui Projek East Coast Rail Link (ECRL) yang berjumlah RM30 bilion melibatkan syarikat China Communications & Construction Company (CCCC).

Bagaimana hutang 1MDB ditutup?

Kos Projek East Coast Rail Link (ECRL) ialah RM30 bilion manakala kontrak yang ditawar kepada CCCC berjumlah RM55 bilion.

Persoalannya, jika kos projek ECRL berjumlah RM30 bilion, mengapa kontrak yang ditawar kepada syarikat dari negara China itu mempunyai lebihan RM25 bilion?

“…kekhuatiran terbesar rakyat Malaysia bahawa projek dengan kos berlebihan sebanyak RM55 bilion ECRL ini merupakan cubaan untuk menyedut sehingga RM25 bilion untuk membayar hutang 1MDB, bagi menutupi puluhan bilion ringgit yang telah diubah secara haram di luar negara” – Petikan dari kenyataan bersama pimpinan Pakatan Harapan bertarikh 15 November 2016.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 5 Watak Terbaharu Diburu DOJ Skandal 1MDB

sumber: roketkini



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t3osa7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Skandal 1MDB Secara Ringkas, Berapa Banyak Wang Yang Hilang?

Itulah artikel Skandal 1MDB Secara Ringkas, Berapa Banyak Wang Yang Hilang? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Skandal 1MDB Secara Ringkas, Berapa Banyak Wang Yang Hilang? dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/skandal-1mdb-secara-ringkas-berapa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Skandal 1MDB Secara Ringkas, Berapa Banyak Wang Yang Hilang?"

Catat Ulasan

Loading...