Loading...

Skuad B-23 sahut cabaran di Doha

Loading...
Skuad B-23 sahut cabaran di Doha - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Skuad B-23 sahut cabaran di Doha, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Skuad B-23 sahut cabaran di Doha
link : Skuad B-23 sahut cabaran di Doha

Baca juga


Skuad B-23 sahut cabaran di Doha



ARKIB : 01/03/2006

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membentuk semula skuad Bawah 23 Tahun kebangsaan bagi menghadapi Sukan Asia ke-15 di Doha, Qatar dari 1 hingga 15 Disember ini.

Skuad ini akan membariskan semula 11 pemain yang memenangi pingat gangsa Sukan SEA Filipina, tahun lalu dan beraksi dalam siri persahabatan dengan New Zealand, baru-baru ini.

Mereka ialah Mat Saiful Mohammad, Ronny Harun, V. Thirumurugan, K. Linggam, Ahmad Azlan Zainal, Fadzli Saari, Zairo Anuar Zalani, Azi Shahril Azmi, Rudie Ramli, R. Surendran dan Safee Sali.

Hanya Safee, penyerang Sarawak, yang tidak ke Filipina tetapi menjaringkan gol tunggal Malaysia ketika tewas 0-1 dan 1-2 dalam perlawanan di Christchurch dan Auckland, New Zealand pada 19 dan 23 Februari lalu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad berkata, mereka akan disertai oleh beberapa pemain lain yang bakal dipilih daripada pasukan negeri dan kelab yang beraksi pada Piala Presiden, bulan ini.

``Sebuah pasukan baru perlu dibentuk memandangkan Sukan Asia hanya terbuka kepada pemain Bawah 23 Tahun dan cuma membenarkan penyertaan tiga pemain senior yang lebih umur,'' katanya, semalam.

Jelasnya, ketua jurulatih negara dan skuad Sukan SEA, Norizan Bakar sekali lagi diberi kepercayaan untuk membimbing skuad ini bersama dua penolongnya, Nasir Yusof dan Lim Chuan Chin.

Menurutnya, mereka akan memantau persembahan dan memilih pemain daripada perlawanan Piala Presiden yang melibatkan Johor melawan Sabah, Kuala Lumpur-Negeri Sembilan dan Melaka-Polis mulai esok.

``Turut terlibat ialah perlawanan Terengganu-Pahang dan Kelantan-Telekom, Kedah-Johor, Sekolah Sukan Bukit Jalil-MPPJ, Perlis-Selangor, Tentera-Pulau Pinang dan Perak-Sarawak,'' katanya.

Katanya, mereka akan dikumpulkan dalam sesi latihan pusat fasa pertama skuad ini yang ditetapkan pada Isnin hingga Khamis depan di Alor Star, Kedah.

Malaysia pernah memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia 1962 Jakarta dan Tehran 1974 tetapi kecundang dalam peringkat Kumpulan A di Busan 2002 kepada Oman 0-1 dan Korea Selatan 0-4 selain menewaskan Maldives 3-1.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2tUZfM9
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Skuad B-23 sahut cabaran di Doha

Itulah artikel Skuad B-23 sahut cabaran di Doha Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Skuad B-23 sahut cabaran di Doha dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/skuad-b-23-sahut-cabaran-di-doha.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Skuad B-23 sahut cabaran di Doha"

Catat Ulasan

Loading...