Loading...

Skuad B20 seri di India

Loading...
Skuad B20 seri di India - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Skuad B20 seri di India, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Skuad B20 seri di India
link : Skuad B20 seri di India

Baca juga


Skuad B20 seri di India



ARKIB : 22/02/2006

KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak kebangsaan bawah 20 meneruskan prestasi cemerlang dalam lawatan di India apabila mencatat keputusan seri 1-1 ketika menentang Eveready India Selection di Stadium Hawrah, Kolkata, kelmarin.

Ini merupakan perlawanan kedua skuad bimbingan jurulatih K. Rajagopal yang dalam persiapan rapi menghadapi pusingan akhir Piala AFC bawah 20 Ogos ini.

Pada perlawanan pertama skuad kebangsaan menewaskan East Bengal FC 3-0.

Namun, pada perlawanan kelmarin, skuad kebangsaan mampu untuk mencatat kemenangan kedua apabila Mohd. Asraruddin Puta meledakkan jaringan pada minit ke-22.

Kealpaan benteng pertahanan membawa padah apabila Eveready India Selection berjaya menyamakan kedudukan 1-1 di minit-minit terakhir sebelum perlawanan hendak ditamatkan.

``Pada babak pertama pemain bermula dengan baik dan begitu menyakinkan dengan kesungguhan yang menyaksikan kita memperoleh gol awal pada minit ke-22.

``Tetapi kecuaian di benteng pertahanan membawa padah menyebabkan kita akur dengan keputusan seri 1-1 sedangkan kita boleh menang ke atas pasukan yang hebat seperti Everready,'' ujarnya.

Buat Rajagopal, pertemuan dengan Eveready menjadi pengajaran terbaik kepada pemain agar tidak leka dan alpa apabila setiap kali mendahului pihak lawan.

Skuad kebangsaan yang paling garang di babak awal dengan serangan bertali arus tempang apabila Mohamad Zaquan Adha Abd. Razak terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan buku lali.

Dia diasak keras oleh pertahanan lawan dan terpaksa diusung keluar pada minit ke-45.

Tanpa Mohamad Zaquan aksi pemain tampak tidak bertenaga walaupun sering kali mencemaskan kubu lawan pada babak kedua.

Beberapa pertukaran yang dilakukan oleh Rajagopal nyata tidak mampu mengubah kedudukan 1-0 sehingga ke minit ke-89.

Pemain lawan yang mendapat sepakan percuma dari luar kotak penalti ekoran kekasaran yang dilakukan benteng pertahanan skuad kebangsaan membawa padah.

Sepakan lencong terus menerjah jaring gagal diselamatkan oleh penjaga gol, Abdul Hadi Abdul Hamid untuk kedudukan terikat 1-1 hingga tamat.

Selepas ini anak didik Rajagopal akan menentang Mohan Bagan FC.

Sumber-Artikel Penuh: http://ift.tt/2tzGr5P
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Skuad B20 seri di India

Itulah artikel Skuad B20 seri di India Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Skuad B20 seri di India dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/skuad-b20-seri-di-india.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Skuad B20 seri di India"

Catat Ulasan

Loading...