Loading...

Skuad Keirin Gugur Shah Firdaus

Loading...
Skuad Keirin Gugur Shah Firdaus - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Skuad Keirin Gugur Shah Firdaus, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Skuad Keirin Gugur Shah Firdaus
link : Skuad Keirin Gugur Shah Firdaus

Baca juga


Skuad Keirin Gugur Shah Firdaus

KUALA LUMPUR - Skuad berbasikal Sukan SEA 2017 membuat perubahan mengejut dengan menggugurkan nama Muhammad Shah Firdaus Sahrom daripada acara keirin.

Ini bermakna pemenang pi­ngat gangsa keirin Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2017 dan Trek Piala Dunia Siri IV 2017 berusia 22 tahun itu tidak akan bergandingan dengan juara keirin dunia, Aziziulhasni Awang dalam temasya dwitahunan itu.

Langkah drastik itu dibuat selepas percaturan terpaksa dilakukan demi memastikan acara trek dapat menyumbang sebanyak mungkin pingat emas daripada yang disasarkan dalam lumba basikal.

“Keputusan ini diambil selepas mengambil kira faktor pingat yang kita sasarkan iaitu sebanyak 13 emas menerusi basikal.

“Kami percaya Shah Firdaus mampu menyumbang emas da­lam acara lain iaitu 1km ujian masa.

“Bagaimanapun Shah Firdaus kekal bergandingan dengan Azizulhasni dalam acara 200 meter pecut. Dalam keirin, Azizulhasni digandingkan dengan pelumba muda daripada program Podium berusia 21 tahun, Shariz Efendy Mohd. Shahrin,” kata penolong pengurus pasukan, Kamarul Ai­zad Othman.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA 2017 yang dikendalikan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini hari ini.

Mengenai perubahan lain yang dilakukan, Aizad berkata, jawatankuasa pemilihan telah me­nerima cadangan sukan berbasikal untuk menyenaraikan semula Muhammad Fauzan Ahmad Lut­fi yang menarik diri daripada skuad kebangsaan sebelum ini.

Fauzan akan menyertai acara ujian masa berpasukan (TTT) bersama tiga pelumba muda iaitu Nik Mohd. Azwan Zulkifle, M. Ameen Ahmad Kamal dan M. Ameer Ahmad Kamal.

“Pasukan TTT juga akan menjadi pelumba simpanan kepada pasukan lebuhraya lepas beramai-ramai jika ada yang mengalami kecederaan, kemalangan atau masalah kesihatan pada saat-saat akhir nanti,” tambah Aizad. - Utusan Online


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s2hank

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Skuad Keirin Gugur Shah Firdaus

Itulah artikel Skuad Keirin Gugur Shah Firdaus Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Skuad Keirin Gugur Shah Firdaus dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/skuad-keirin-gugur-shah-firdaus.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Skuad Keirin Gugur Shah Firdaus"

Catat Ulasan

Loading...