Loading...

Skuad negara diundi dalam kumpulan `maut'

Loading...
Skuad negara diundi dalam kumpulan `maut' - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Skuad negara diundi dalam kumpulan `maut', Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Skuad negara diundi dalam kumpulan `maut'
link : Skuad negara diundi dalam kumpulan `maut'

Baca juga


Skuad negara diundi dalam kumpulan `maut'



ARKIB : 04/08/2005

PETALING JAYA - Kejayaan dalam kejohanan Piala Lion City baru-baru ini telah menyemarakkan keyakinan skuad bawah 20 tahun negara untuk berdepan dengan cabaran apabila bermulanya kejohanan bola sepak Bawah 20 AFF di Palembang, Indonesia yang bermula esok hingga 19 Ogos.

Malaysia akan benar-benar teruji setelah diundi bertemu Thailand, Indonesia, Myanmar dan Brunei dalam Kumpulan A.

Kumpulan B pula menyaksikan persaingan antara Vietnam, Singapura, Laos, Filipina dan Timor Leste.

``Piala Lion City adalah satu pertandingan yang bagus untuk dan ia telah menyuntik keyakinan ke dalam diri pemain-pemain untuk bermain di Palembang,'' kata jurulatih skuad, K. Rajagopal (gambar) semalam.

Malaysia, yang diwakili oleh skuad Bawah 18 muncul juara Piala Lion City di Singapura setelah mengalahkan Singapura A dalam perlawanan akhir. Malaysia menang 4-2 menerusi sepakan penalti penentuan setelah kedudukan terikat 2-2 selepas tamat masa permainan sebenar.

``Sudah tentu kami mahu mencatat kejayaan tetapi yang lebih penting ialah kejohanan ini akan membolehkan kami mengenal pasti pemain-pemain untuk kelayakan Bawah 20 Asia yang akan berlangsung pada November.

``Jadi saya agak yakin bahawa dengan adanya pemain-pemain tonggak yang kami bawa bersama, kami akan mencipta persembahan yang bagus dan layak ke pusingan seterusnya iaitu separuh akhir,'' ujarnya.

Tonggak skuad yang menang di Singapura seperti Mohd. Shafiq Jamal, Amini Ahmad Tabarani, Mohd. Khyril Muhaymeen Zamri, Wan Mohammad Aliff dan ketua pasukan Aidil Zafuan Radzak berada dalam senarai ke Palembang.

Daripada sebanyak 25 pemain yang menyertai latihan bulan ini, lima telah digugurkan daripada skuad itu, yang berlepas ke Palembang petang semalam.

Mereka yang digugurkan ialah Khairul Fahmie Che Mat, Mohd. Syazwan Marzuki, Mohd. Hafizuldin Mat Noor dan K. Thinagaran, Mohd. Hisyammudin Syaari.

Rajagopal berkata, walaupun Thailand dan Indonesia akan menjadi pencabar utama skuadnya mereka tidak boleh memperkecilkan kekuatan Brunei dan Myanmar, yang akan turut ditemui dalam pusingan kelayakan ke kejohanan Bawah 20 Asia pada November nanti.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2rql4mw
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Skuad negara diundi dalam kumpulan `maut'

Itulah artikel Skuad negara diundi dalam kumpulan `maut' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Skuad negara diundi dalam kumpulan `maut' dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/skuad-negara-diundi-dalam-kumpulan-maut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Skuad negara diundi dalam kumpulan `maut'"

Catat Ulasan

Loading...