Loading...

Skuad negara ikat Poland

Loading...
Skuad negara ikat Poland - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Skuad negara ikat Poland, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Skuad negara ikat Poland
link : Skuad negara ikat Poland

Baca juga


Skuad negara ikat Poland



ARKIB : 10/08/2005

KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak kebangsaan bawah 23 tahun semakin menunjukkan peningkatan apabila seri 1-1 bertemu skuad remaja Poland, pada perlawanan persahabatan di Kowal, kelmarin.

Pasukan bimbingan jurulatih dari Hungary, Bertalan Bicskei itu akan mengharungi tiga perlawanan daripada empat siri perlawanan persahabatan di negara tersebut sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA di Manila pada November ini.

Dalam perlawanan yang diadakan di bandar Kowal, skuad kebangsaan menunjukkan persembahan menarik untuk mengikat Poland dengan keputusan seri tanpa jaringan menamatkan aksi babak pertama.

Bagaimanapun, pasukan tuan rumah lebih tangkas mencuri peluang mencipta jaringan pertama pada minit ke-49.

Gol awal itu nyata tidak melemahkan semangat juang pemain kebangsaan yang hampa dengan beberapa peluang keemasan untuk mencipta jaringan penyamaan.

Begitupun, kelincahan pemain sayap, Amir Shahreen Abdul Muin membawa harapan baru apabila dia menjaringkan gol penyamaan pada masa lewat perlawanan hendak ditamatkan.

Keputusan seri 1-1 jelas menceriakan Bicskei malah mampu melaungkan rasa lega dengan prestasi memberangsangkan ditunjukkan oleh kesebelasan yang diturunkan dalam perlawanan tersebut.

``Pemain cukup konsisten walaupun ketinggalan 0-1 pada satu ketika, pemain tidak putus asa dan terus memberikan tentangan sengit hingga ke wisel penamat.

``Saya harap pemain dapat mengekalkan corak permainan dengan semangat juang tinggi apabila menentang remaja Poland pada perlawanan terakhir, dua hari lagi,'' kata Bisckei.

Aksi kedua skuad kebangsaan akan diadakan di Stadium Wloclawek esok pukul 6.00 petang waktu tempatan (pukul 12.00 tengah malam waktu Malaysia).

Buat skuad remaja Poland pula, dua pertemuan dengan skuad kebangsaan amat penting sebagai persiapan mereka berdepan dengan Jerman pada perlawanan penting kelayakan Kejohanan Bola Sepak Eropah Bawah 21 tahun pada 16 Ogos ini.

Poland kini memungut sembilan mata dan menduduki tangga ketiga Kumpulan 6 di belakang England (14 mata) dan Jerman (11 mata).

Sesi latihan skuad kebangsaan di Poland adalah atas jemputan Kujawiak Wloclawek FC adalah sebahagian daripada persiapan menghadapi Sukan Sea di Manila November ini.

Skuad jurulatih dari Hungary itu akan kembali ke tanah air pada 12 Ogos dan selepas itu akan mengambil bahagian pada kejohanan Pra-Sukan Sea di Bangkok, Thailand yang dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) hujung bulan ini

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2qGnNqT
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Skuad negara ikat Poland

Itulah artikel Skuad negara ikat Poland Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Skuad negara ikat Poland dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/skuad-negara-ikat-poland.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Skuad negara ikat Poland"

Catat Ulasan

Loading...