Loading...

Skuad PPBN Bakal Timba Pengalaman Di Eropah

Loading...
Skuad PPBN Bakal Timba Pengalaman Di Eropah - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Skuad PPBN Bakal Timba Pengalaman Di Eropah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Skuad PPBN Bakal Timba Pengalaman Di Eropah
link : Skuad PPBN Bakal Timba Pengalaman Di Eropah

Baca juga


Skuad PPBN Bakal Timba Pengalaman Di Eropah

PETALING JAYA – Seramai 25 pemain di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) bakal menimba pengalaman berharga apabila akan menyertai kejohanan Bawah 15 Tahun (B-15) yang turut disertai beberapa pasukan terkenal Eropah.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PPBN, Safirul Azli Abu Bakar berkata peluang tersebut dapat memberikan satu gambaran berbeza terhadap permainan bola sepak yang lebih moden dan bakal digunakan sebaiknya bagi meningkatkan lagi tahap permainan.

Menurut beliau, pasukan PPBN akan berangkat ke Clairefontaine, Perancis Isnin depan untuk menentang pasukan B-15 Paris Saint-Germain (PSG) dan ke Amsterdam, Belanda pada 11 Jun untuk aksi bertemu Feyenoord dan SBV Vitesse sebelum turun beraksi pada kejohanan terbabit.

“Setiap kali ke luar negara kita akan memberikan tumpuan untuk memperbaiki teknik dan menimba pengalaman. Bermain menentang pasukan handalan yang mempunyai kelebihan dari segi fizikal akan digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan lagi tahap ketahanan fizikal pemain.

“Peluang ini juga dapat membuka mata para pemain untuk melihat cara permainan di Eropah yang lebih agresif serta memahami konsep bola sepak mereka,” katanya dalam sidang media pada majlis berbuka puasa Adidas Malaysia bersama PPBN di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah pemenang Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016, Mohd Faiz Subri yang meluangkan masa beramah mesra dalam sesi soal jawab bersama pemain.

Faiz yang merupakan penyerang pasukan Liga Super, Pulau Pinang mengakui siri perlawanan persahabatan dan kejohanan tersebut mampu membantu meningkatkan mutu permainan dalam usaha memartabatkan bola sepak negara.

“Ia sangat bagus untuk melihat semua pemain muda ini bersemangat untuk bermain bola sepak dan sentiasa memperbaiki diri untuk lebih maju. Melihat mereka sekarang saya yakin mereka mempunyai masa depan yang cerah,” katanya. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qOoca3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Skuad PPBN Bakal Timba Pengalaman Di Eropah

Itulah artikel Skuad PPBN Bakal Timba Pengalaman Di Eropah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Skuad PPBN Bakal Timba Pengalaman Di Eropah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/skuad-ppbn-bakal-timba-pengalaman-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Skuad PPBN Bakal Timba Pengalaman Di Eropah"

Catat Ulasan

Loading...