Loading...

SPRM AKAN PANGGIL PENGURUSAN, PENGERUSI FGV

Loading...
SPRM AKAN PANGGIL PENGURUSAN, PENGERUSI FGV - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk SPRM AKAN PANGGIL PENGURUSAN, PENGERUSI FGV, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : SPRM AKAN PANGGIL PENGURUSAN, PENGERUSI FGV
link : SPRM AKAN PANGGIL PENGURUSAN, PENGERUSI FGV

Baca juga


SPRM AKAN PANGGIL PENGURUSAN, PENGERUSI FGV

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa saksi termasuk pengurusan tertinggi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) berhubung siasatan terhadap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata semua saksi termasuk pengerusi FGV akan dipanggil dalam masa terdekat untuk direkodkan keterangan mereka bagi membantu siasatan.

“Semalam SPRM telah mengambil dokumen-dokumen yang diperlukan dari pejabat FGV dan sekarang pegawai saya tengah teliti serta mengkaji (dokumen) dan melihat kepentingan untuk memanggil saksi untuk direkodkan keterangan.

“Saksi itu tidak kira sesiapa sahaja termasuk di peringkat kepimpinan serta pengerusi FGV tertakluk kepada dapatan daripada kajian dokumen yang pegawai saya sedang teliti serta fakta kes,” katanya kepada pemberita pada Program Ihya Ramadan SPRM di Masjid Al Jamiul Badawi, Kepala Batas hari ini.

Beliau berkata siasatan kes akan diselesai secepat mungkin namun akan mengambil sedikit masa sekiranya dokumen serta siasatan melibatkan pihak di luar negara.

Dzulkifli berkata pihaknya juga menerima beberapa laporan berhubung siasatan FGV itu, namun enggan mendedahkan sama ada laporan berkenaan dibuat membabitkan salah guna kuasa atau rasuah.

“Saya tidak boleh maklumkan siasatan kes itu menjurus kepada rasuah atau penyelewengan kuasa kerana ia sedang disiasat dan cuma saya boleh pastikan siasatan tersebut akan dibuat secara terperinci, profesional serta telus,” katanya.

Semalam sepasukan pegawai dan anggota SPRM mengambil masa selama lapan jam bagi menyelesaikan urusan pengambilan dokumen di pejabat Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad di Tingkat 45 Menara Felda di Kuala Lumpur.

Zakaria tampil di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya semalam dengan berbekalkan beberapa dokumen berhubung FGV dan beliau dilapor memberi keterangan kepada suruhanjaya itu antaranya mengenai isu tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada anak syarikat FGV iaitu Delima Oil Products.

Selasa lepas Zakaria dan tiga lagi pegawai pengurusan kanan FGV dan anak syarikatnya diarahkan bercuti berkuat kuasa serta-merta.

Tiga pegawai kanan itu ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.

– Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rf7j8F

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article SPRM AKAN PANGGIL PENGURUSAN, PENGERUSI FGV

Itulah artikel SPRM AKAN PANGGIL PENGURUSAN, PENGERUSI FGV Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel SPRM AKAN PANGGIL PENGURUSAN, PENGERUSI FGV dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/sprm-akan-panggil-pengurusan-pengerusi_9.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SPRM AKAN PANGGIL PENGURUSAN, PENGERUSI FGV"

Catat Ulasan

Loading...