Loading...

SPRM sahkan bakal ambil tindakan ke atas tiga 'Datuk'

Loading...
SPRM sahkan bakal ambil tindakan ke atas tiga 'Datuk' - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk SPRM sahkan bakal ambil tindakan ke atas tiga 'Datuk', Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : SPRM sahkan bakal ambil tindakan ke atas tiga 'Datuk'
link : SPRM sahkan bakal ambil tindakan ke atas tiga 'Datuk'

Baca juga


SPRM sahkan bakal ambil tindakan ke atas tiga 'Datuk'

Sinar Harian
SPRM
SPRM
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil tindakan terhadap empat lelaki, termasuk tiga bergelar "Datuk", kerana didakwa menyalahgunakan koperasi di bawah tanggungjawab mereka, beberapa hari lagi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad ketika mengulas laporan mengenai perbuatan menyalahguna kuasa dalam koperasi itu berkata: "Tunggu dalam masa terdekat untuk SPRM ambil tindakan."
Ditanya sama ada empat lelaki itu akan ditahan atau direman dalam masa beberapa hari lagi, tanpa memberi maklumat terperinci, Dzulkifli menjawab: "InsyaALLAH".

Menurut laporan, lelaki berkenaan, kebanyakan mereka anggota lembaga pengarah sebuah koperasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), didakwa menyalahgunakan kedudukan mereka bukan sahaja untuk memperkenal sistem pemasaran bertingkat (MLM) dalam koperasi itu, tetapi juga secara teknikal memaksa anggotanya menyertai sistem berkenaan.
Menurut laporan, mereka yang memohon pinjaman akan hanya diberi kelulusan sekiranya mereka menyertai MLM itu.
Ini akan melibatkan RM6,700 wang mereka dan sebagai pulangan, mereka akan mendapat produk kecantikan yang dikatakan bernilai sebanyak itu.

Dzulkifli menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengagihkan bungkusan bubur lambuk di bazaar Ramadan di sini hari ini, bersempena kempen Gerakan Revolusi Anti-Rasuah (Gerah).

SPRM juga mengagihkan makanan itu kepada orang ramai di empat lokasi di Putrajaya, termasuk Ibu Pejabat Polis Putrajaya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Hospital Putrajaya dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Dalam perkembangan lain, Dzulkifli menafikan dakwaan bahawa seorang pegawai polis yang ditemukan meninggal dunia dengan kesan tembakan di dahi di Ibu Pejabat Polis Pasir Puteh, mempunyai kaitan dengan SPRM.

"Tiada langsung laporan yang mengaitkan SPRM dengan kes itu," katanya apabila diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut. - Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qZyVyl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article SPRM sahkan bakal ambil tindakan ke atas tiga 'Datuk'

Itulah artikel SPRM sahkan bakal ambil tindakan ke atas tiga 'Datuk' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel SPRM sahkan bakal ambil tindakan ke atas tiga 'Datuk' dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/sprm-sahkan-bakal-ambil-tindakan-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SPRM sahkan bakal ambil tindakan ke atas tiga 'Datuk'"

Catat Ulasan

Loading...