Tajuk : Stacy Pilih Lagu Ciptaan Akim
link : Stacy Pilih Lagu Ciptaan Akim
Stacy Pilih Lagu Ciptaan Akim
PENYANYI popular, Stacy mempertaruhkan single baru berjudul ‘Cakap Ke Tangan’ karya suaminya, Akim Ahmad, untuk kembali bergerak aktif dalam dunia seni selepas Aidilfitri nanti.
Stacy, 26, atau nama Muslimnya, Ummu Shaikah Stacy Anam berkata, dia memilih lagu berentak rancak kerana mahu mencabar dirinya kembali menyanyi dan menari selepas berehat panjang bagi melahirkan cahaya mata perempuan, Eshaal, yang kini berusia tiga bulan.
“Kini, tinggal lima kilogram saja lagi untuk dikurangkan bagi mendapatkan berat badan ideal. Bukannya apa, saya tidak mahu nanti semput ketika mengadakan persembahan. Oleh itu, saya kini bersenam dan mengamalkan diet sebagai persiapan untuk kembali aktif menyanyi.
“Single terkini berjudul ‘Cakap Ke Tangan’ baru saja dihasilkan oleh Akim secara spontan, beberapa hari lalu. Biarpun mengambil risiko menyanyikan lagu rancak selepas lama berehat, namun saya rasa inilah caranya untuk mencabar diri.
“Kalau tidak, sampai bila-bila pun saya takkan bersedia. Oleh itu, saya perlu membuat persediaan fizikal dan mental untuk kembali aktif seperti zaman bujang dulu,” kata Stacy lagi.
Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah. Mereka turut mempunyai anak perempuan bernama Bella Luna yang kini berusia lima tahun.-MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rqqQD1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Stacy Pilih Lagu Ciptaan Akim
Anda sedang baca artikel Stacy Pilih Lagu Ciptaan Akim dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/stacy-pilih-lagu-ciptaan-akim.html
0 Response to "Stacy Pilih Lagu Ciptaan Akim"
Catat Ulasan