Tajuk : Suasana pilu selubungi bilik mayat Hospital Jempol
link : Suasana pilu selubungi bilik mayat Hospital Jempol
Suasana pilu selubungi bilik mayat Hospital Jempol
Kelihatan ramai sanak saudara dan rakan taulan hadir seawal jam 8 pagi di sini bagi memberikan penghormatan terakhir dan cuaca yang hujan juga seolah-olah turut sama meratapi pemergian kesemua mereka.
Pagi ini urusan bedah siasat sedang dilakukan ke atas semua mangsa.
BACA: Pemandu treler direman empat hariBACA: Senarai nama mangsa nahas di Jempol
Dalam kejadian 2.20 petang itu, lapan maut dengan enam daripadanya rentung manakala seorang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan dan sebuah treler di KM25 Jalan Bahau-Keratong, di sini, semalam.
Mereka yang maut ialah enam sekeluarga yang menaiki kenderaan Proton Exora iaitu pemandu kenderaan berkenaan Wan Mohd Fauzi Wan Ibrahim, 51, dan isteri Mas Noraida M Yusoff, 45.
BACA: 'Saya jadi serba salah tidak ikut keluarga ke Kuantan' - Anak
Turut terkorban empat anak mereka iaitu Wan Muhamad Muhaimin, 22, Wan Nor Atirah, 18, Wan Muhamad Amar Haziq, 13, dan Wan Nor Alisha, 7. Kesemua pemandu dan penumpang Proton Exora rentung dalam kejadian itu.
Dua mangsa lain yang maut ialah pemandu Perodua Myvi Osman Mohamed Taip, 31, dan isteri Rosniza Othman, 32, manakala anak kepada pasangan itu Muhammad Alifthaqif Osman, 3, mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Kuala Pilah.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rg9Pk5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Suasana pilu selubungi bilik mayat Hospital Jempol
Anda sedang baca artikel Suasana pilu selubungi bilik mayat Hospital Jempol dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/suasana-pilu-selubungi-bilik-mayat_11.html
0 Response to "Suasana pilu selubungi bilik mayat Hospital Jempol"
Catat Ulasan