Loading...

Suasana Pilu Selubungi Bilik Mayat Hospital Jempol

Loading...
Suasana Pilu Selubungi Bilik Mayat Hospital Jempol - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Suasana Pilu Selubungi Bilik Mayat Hospital Jempol, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Suasana Pilu Selubungi Bilik Mayat Hospital Jempol
link : Suasana Pilu Selubungi Bilik Mayat Hospital Jempol

Baca juga


Suasana Pilu Selubungi Bilik Mayat Hospital Jempol


JEMPOL – Suasana pilu dan hiba menyelubungi perkarangan rumah mayat Hospital Jempol pagi ini yang menempatkan jenazah lapan mangsa yang maut termasuk enam rentung dalam kemalangan di KM25 Jalan Bahau-Keratong, semalam.

Kelihatan ramai sanak saudara dan rakan taulan hadir seawal jam 8 pagi di sini bagi memberikan penghormatan terakhir dan cuaca yang hujan juga seolah-olah turut sama meratapi pemergian kesemua mereka.

Pagi ini urusan bedah siasat sedang dilakukan ke atas semua mangsa.

Dalam kejadian 2.20 petang itu, lapan maut dengan enam daripadanya rentung manakala seorang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan dan sebuah treler di KM25 Jalan Bahau-Keratong, di sini, semalam.

Mereka yang maut ialah enam sekeluarga yang menaiki kenderaan Proton Exora iaitu pemandu kenderaan berkenaan Wan Mohd Fauzi Wan Ibrahim, 51, dan isteri Mas Noraida M Yusoff, 45.

Turut terkorban empat anak mereka iaitu Wan Muhamad Muhaimin, 22, Wan Nor Atirah, 18, Wan Muhamad Amar Haziq, 13, dan Wan Nor Alisha, 7. Kesemua pemandu dan penumpang Proton Exora rentung dalam kejadian itu.

Dua mangsa lain yang maut ialah pemandu Perodua Myvi Osman Mohamed Taip, 31, dan isteri Rosniza Othman, 32, manakala anak kepada pasangan itu Muhammad Alifthaqif Osman, 3, mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Kuala Pilah. – BERNAMA


Thus Article Suasana Pilu Selubungi Bilik Mayat Hospital Jempol

Itulah artikel Suasana Pilu Selubungi Bilik Mayat Hospital Jempol Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Suasana Pilu Selubungi Bilik Mayat Hospital Jempol dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/suasana-pilu-selubungi-bilik-mayat_12.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Suasana Pilu Selubungi Bilik Mayat Hospital Jempol"

Catat Ulasan

Loading...