Loading...

Suspek Jadi Idola Pula...

Loading...
Suspek Jadi Idola Pula... - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Suspek Jadi Idola Pula..., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Suspek Jadi Idola Pula...
link : Suspek Jadi Idola Pula...

Baca juga


Suspek Jadi Idola Pula...


BANGKOK: Seorang wanita cantik yang menjadi suspek utama kes pembunuhan kejam seorang pekerja bar di wilayah Khon Kaen kini menjadi selebriti media sosial selepas gambarnya ketika dalam tahanan sering dimuat naik di Internet.

Preeyanuch Nonwangchai, 24, atau dikenali sebagai Preaw ditahan polis bersama dua rakannya kerana disyaki membunuh sebelum memotong mayat seorang wanita, Warisara Koinjui pada bulan lalu.

Sejak ditangkap baru-baru ini, Preaw dan dua rakannya, Kawinta Ratchanda, 25, serta Apiwan Satayabundit, 28, sering dirakam memakai pakaian berjenama dan alat solek.

Anggota polis dan pegawai penyiasat kes berkenaan juga sering bergambar dengan suspek dan memuat naik gambar itu di media sosial hingga menjadi tular.

‘Kegilaan’ pengguna media sosial terhadap wanita itu terutama suspek utama hingga fenomena itu digelar ‘demam Preaw’.

Gabenor Khon Kaen, Pongsak Preechawit turut melahirkan kebimbangan mengenai fenomena berkenaan dan menyeru generasi muda supaya melihat kembali jenayah kejam yang dilakukan wanita itu.

“Saya bimbang kerana ramai generasi muda berbincang mengenai produk yang suspek gunakan seperti beg tangan, cermin mata, pakaian dan alat solek.

“Generasi muda patut membaca kembali kisah mereka dan jenayah kejam yang mereka lakukan,” katanya kepada Bangkok Post, semalam.

Pengarah Institut Kesihatan Mental Kanak-Kanak dan Remaja, Dr Mathurada Suwannapho memberitahu, sebahagian generasi muda mula mengagumi wanita berkenaan kerana tumpuan media berlebihan terhadap suspek.

“Kepantasan imej tersebar melalui media sosial boleh memperdaya golongan muda dan tidak berpengalaman untuk menganggap suspek sebagai idola,” jelasnya.-Agensi


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rK90Nm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Suspek Jadi Idola Pula...

Itulah artikel Suspek Jadi Idola Pula... Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Suspek Jadi Idola Pula... dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/suspek-jadi-idola-pula.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Suspek Jadi Idola Pula..."

Catat Ulasan

Loading...