Loading...

#SyahKakiLima: Mak, abah... kenapa tinggalkan Daniel?

Loading...
#SyahKakiLima: Mak, abah... kenapa tinggalkan Daniel? - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk #SyahKakiLima: Mak, abah... kenapa tinggalkan Daniel?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : #SyahKakiLima: Mak, abah... kenapa tinggalkan Daniel?
link : #SyahKakiLima: Mak, abah... kenapa tinggalkan Daniel?

Baca juga


#SyahKakiLima: Mak, abah... kenapa tinggalkan Daniel?

“MAK…. Abah…. Daniel dan nenek sihat-sihat sahaja.

“Mak dan abah jangan risau, cuma…,” nada sebak Daniel mula kedengaran.

“Cuma Daniel rindu sangat kat mak dan abah.

“Daniel yakin mak dan abah Daniel hidup lagi, walaupun Daniel tak pernah kenal rupa mereka,” rintih Daniel yang ditemui penulis baru-baru ini.

Mohd Daniel Sharil Hafiz Jeffri kini berusia 12 tahun (nota: anak kecil ini hanya kenal nama bapanya sebagai Jeffri; nama ibunya pula hanya Tuhan yang lebih mengetahui.)

Kebiasaannya, kanak-kanak seusianya pasti sedang mengikuti kelas untuk peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Namun itu tidak berlaku buat adik Daniel.

“Daniel ada gambar mak dan abah?

“Tak ada,” Jawab Daniel ringkas.

“Nenek pernah cerita pada Daniel tentang mak atau abah?

“Nenek tidak pernah cerita dan Daniel tak ada surat beranak, sebab itu Daniel tak pernah tahu nama mak Daniel,” ujarnya dalam nada sayu.

“Daniel bukan anak yatim, bang. Daniel yakin Daniel bukan anak yatim.

“Tapi kenapa mak dan abah tinggalkan Daniel.

“Apa salah Daniel, bang?

“Daniel kecil lagi, bang. Daniel nak rasa seperti orang lain yang ada mak dan abah,” semakin kuat esakan Daniel.

Penulis hampir menamatkan temu bual kerana tidak sanggup melihat titisan air mata kanak-kanak itu yang begitu berharap akan kehadiran ibu dan ayahnya sejak dia berusia 4 tahun.

Penulis hanya mampu meminjamkan seketika pelukan buat si anak ini melepaskan hiba.

Penulis sedar tiada yang lebih bermakna buat seorang anak selain tangisan di bahu seorang ibu yang melahirkan dan seorang ayah yang membesarkan dengan kasih sayang.

Apa pun sambutan Ramadan dan Syawal 1438 Hijrah bagi Daniel sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Tiada adik-beradik mahupun saudara mara yang berkunjung bertanyakan khabar.

“Daniel pernah ada keluarga angkat tapi sekarang tidak lagi,” sambung Daniel.

“Daniel pernah kena duduk balai polis tahun lepas sebab tiada surat beranak.

“Sekarang Daniel tinggal bersama nenek semula dan ada keluarga angkat baru.

“Daniel nak ucap terima kasih pada mereka sebab sudi jaga Daniel,” ujarnya sambil menggalas beg untuk ke sekolah yang menempatkan kanak-kanak fitrah senasibnya termasuk anak-anak jalanan.

“Mereka (anak-anak gelandangan) ada mak dan abah. Walaupun susah, mereka ada mak dan abah.

“Nenek dah tua,” ratap Daniel lagi.

Jauh di sudut hati penulis, jika ini adalah anak yang telah lama dicari, mungkin pelukan mesra penuh kesyukuran bakal diberikan kepada Daniel.

Jika ini adalah saudara, mungkin tempat berteduh yang bakal diberikan.

Namun jika rayuan ini tidak didengari ibu dan ayah sebenar Daniel, apa bakal berlaku kepada Daniel yang semakin hari semakin buntu dek tekanan perasaan.

Layakkah dia untuk semua ini?

“Daniel, jika benar janji Tuhan, Daniel pasti akan bertemu mak dan abah Daniel,” pujuk penulis.

“Insya-Allah, bang. Daniel nak belajar rajin-rajin. Bila Daniel dah besar, Daniel nak cari mak dan abah. Daniel rindu pada mereka.

“Daniel dah tak tahan hidup begini, bang,” tangis Daniel mengakhiri perbualan.

EPISOD Syah Kaki Lima sempena Ramadan membawakan kisah Daniel yang zahirnya seperti kanak-kanak biasa yang bakal menjengah usia remaja, namun di sebaliknya menyimpan cerita duka pencarian kedua-dua ibu bapanya.

Ikuti kisah adik Daniel seterusnya dalam Syah Kaki Lima:



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2reDD0p

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article #SyahKakiLima: Mak, abah... kenapa tinggalkan Daniel?

Itulah artikel #SyahKakiLima: Mak, abah... kenapa tinggalkan Daniel? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel #SyahKakiLima: Mak, abah... kenapa tinggalkan Daniel? dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/syahkakilima-mak-abah-kenapa-tinggalkan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "#SyahKakiLima: Mak, abah... kenapa tinggalkan Daniel?"

Catat Ulasan

Loading...