Tajuk : Syarikat LPG, Pengarah Diharapkan Ke Mahkamah
link : Syarikat LPG, Pengarah Diharapkan Ke Mahkamah
Syarikat LPG, Pengarah Diharapkan Ke Mahkamah
KLANG – Sebuah syarikat pemegang lesen borong Gas Petroleum Cecair (LPG) dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki barang kawalan itu melebihi had kuantiti yang dibenarkan pada tahun lepas.
TSC Gas Trading Sdn Bhd, yang diwakili pengarahnya Datuk Chan Tai Heok, 45, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Syarikat itu didakwa memiliki 71,006 kg LPG, iaitu 21,006kg melebihi had kuantiti 50,000kg yang dinyatakan dalam lesen.
TSC Gas Trading didakwa melakukan kesalahan di premis perniagaannya di Sekinchan dekat sini, kira-kira 1.30 tengah hari pada 28 Jun tahun lepas dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM2 juta di bawah Peraturan-Peraturan Kawaklan Bekalan 1974.
Syarikat itu juga mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan membenarkan sebanyak 5,040kg LPG dipindahkan melalui dua buah lori dari premis penyimpanannya ke sebuah premis lain di Jalan Tiram Buruk, Tanjong Karang.
TSC Gas Trading didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu antara pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari pada tarikh yang sama dan boleh dihukum mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan denda maksimum RM2 juta.
Syarikat berkenaan juga menghadapi pertuduhan gagal menyenggara buku stok LPG iaitu tiada butiran harga, nama serta alamat penjual atau pembeli bagi setiap pembelian atau penjualan.
TSC Gas Trading didakwa melakukan kesalahan itu di premis perniagaannya, sepanjang bulan Januari sehingga 28 Jun tahun lepas.
Dalam prosiding yang sama, Tai Heok, abangnya Chan Fai Nee, 46, dan ibu mereka Chia Am Moi, 69, menghadapi empat pertuduhan yang sama atas kapasiti mereka sebagai pengarah syarikat.
Ketiga-tiga mereka yang mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu boleh didenda maksimum RM1 juta atau dipenjara sehingga tiga tahun di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 jika sabit kesalahan.
Tai Heok dalam pada itu menghadapi satu lagi pertuduhan iaitu mengilang 10,650 kg LPG tanpa lesen di premis Jalan Tiram Buruk kira-kira pukul 1.30 tengah hari pada 28 Jun.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu bersama-sama dua pemandu lori, Ang Chee Eng, 59, dan adiknya Ang Kong Keet, 46. Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah.
Sementara itu Chee Eng dan Kong Keet masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memindahkan 5,040 kg LPG melalui dua buah lori dari premis penyimpanan TSC Gas Trading ke premis di Jalan Tiram Buruk.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari pada 28 Jun.
Hakim Suzana membenarkan kesemua yang dituduh dibebaskan dengan jaminan RM10,000 setiap seorang dan menetapkan 5 Julai depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, A. Karthiyayini dan Mohd Firdaus Abu Hanipah, sementara syarikat berkenaan serta kesemua yang dituduh diwakili peguam Jefri Jaafar. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rsV0cJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Syarikat LPG, Pengarah Diharapkan Ke Mahkamah
Anda sedang baca artikel Syarikat LPG, Pengarah Diharapkan Ke Mahkamah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/syarikat-lpg-pengarah-diharapkan-ke.html
0 Response to "Syarikat LPG, Pengarah Diharapkan Ke Mahkamah"
Catat Ulasan