Loading...

Tahanan Lolos: Anggota Polis IPD Klang Utara Digantung Kerja

Loading...
Tahanan Lolos: Anggota Polis IPD Klang Utara Digantung Kerja - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tahanan Lolos: Anggota Polis IPD Klang Utara Digantung Kerja, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tahanan Lolos: Anggota Polis IPD Klang Utara Digantung Kerja
link : Tahanan Lolos: Anggota Polis IPD Klang Utara Digantung Kerja

Baca juga


Tahanan Lolos: Anggota Polis IPD Klang Utara Digantung Kerja

SHAH ALAM – Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara digantung kerja kerana kecuaiannya menyebabkan seorang suspek kes samun dan rogol meloloskan diri daripada tahanan Isnin lepas, kata Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat.

Beliau berkata ​​​​​​walaupun terdapat beberapa kelemahan pada reka bentuk bangunan IPD berkenaan yang hanya bertapak di lot rumah kedai dua tingkat, namun kecuaian ketara anggota polis berkenaan lebih membuka peluang kepada suspek untuk melarikan diri.

Menurut Abdul Samah, pihaknya membuka dua kertas siasatan iaitu terhadap tahanan lelaki terbabit dan juga anggota polis berkenaan bagi mendapatkan punca utama kes itu boleh berlaku.

“Siasatan awal mendapati wujud aspek cuai anggota terlibat dan ia adalah kecuaian yang sangat-sangat jelas menyebabkan suspek ada ruang, peluang dan masa untuk lari dari tandas ketika itu.

“Ada dua aspek kecuaian nyata yang disiasat iaitu oleh anggota atau pegawai yang diberi tanggungjawab menjaga tahanan dan juga dari sudut infrastruktur, namun hal bangunan ini sedang kita atasi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian itu, suspek dipercayai warga asing yang ditahan atas kesalahan samun dan rogol meloloskan diri melalui tingkap tandas di IPD Klang Utara apabila berpura-pura mahu membuang air kecil.

Semasa insiden berkenaan, suspek masih dalam tempoh reman selama tujuh hari sehingga semalam.

Bagaimanapun katanya, suspek yang melarikan diri hingga ke Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 di sini diberkas kembali awal pagi semalam apabila cubaannya untuk mencabul seorang gadis 14 tahun setelah memecah masuk rumah pelajar itu disedari keluarganya.

“Akibat terkejut melihat suspek berada di dalam rumahnya, gadis terbabit yang bangun untuk bersahur menjerit menyebabkan dua abangnya tersedar dan terus mengejar suspek serta menghubungi polis menyebabkan dia berjaya ditangkap semula,” katanya.

Beliau berkata suspek lelaki berumur 27 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 354, 448 dan 353 Kanun Keseksaan selain Seksyen 223/224 kanun yang sama kerana melarikan diri daripada tahanan polis.

Terdahulu, Abdul Samah menyaksikan upacara serah terima tugas Ketua Jabatan Pengurusan Polis Selangor yang baharu iaitu SAC Sulaiman Salleh yang menggantikan SAC Che’ Man Md Dros, yang bersara wajib. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tMQ5B6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Tahanan Lolos: Anggota Polis IPD Klang Utara Digantung Kerja

Itulah artikel Tahanan Lolos: Anggota Polis IPD Klang Utara Digantung Kerja Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tahanan Lolos: Anggota Polis IPD Klang Utara Digantung Kerja dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/tahanan-lolos-anggota-polis-ipd-klang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tahanan Lolos: Anggota Polis IPD Klang Utara Digantung Kerja"

Catat Ulasan

Loading...