Tajuk : Tergamak sungguh
link : Tergamak sungguh
Tergamak sungguh
PENDUDUK kampung yang ingin menunaikan solat Subuh di surau di Jalan Sungai Udang, Klang, dikejutkan dengan penemuan mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat, hari ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, dalam kejadian jam 5.35 pagi itu, salah seorang penduduk ternampak satu beg plastik mengandungi bungkusan kain yang diletakkan di hadapan surau.
Menurutnya, mereka kemudiannya menghubungi pihak polis dan pasukan perubatan yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan bayi terbabit sudah meninggal dunia.
"Siasatan mendapati tiada kesan cedera atau luka pada badan bayi.
"Mayat bayi dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat," katanya kepada Harian Metro.
Beliau berkata, pintu surau tidak berkunci manakala tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
"Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Suresh di talian 010-2123186," katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sSIapN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Tergamak sungguh
Anda sedang baca artikel Tergamak sungguh dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/tergamak-sungguh.html
0 Response to "Tergamak sungguh"
Catat Ulasan