Loading...
Tajuk : Terima pelantikan ahli majlis bukan arahan parti, kata PKR Kelantan
link : Terima pelantikan ahli majlis bukan arahan parti, kata PKR Kelantan
Terima pelantikan ahli majlis bukan arahan parti, kata PKR Kelantan
ZIKRI ABDULLAHParti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan menyifatkan tindakan ahlinya yang menerima perlantikan sebagai ahli majlis daerah Pasir Mas semalam bersifat peribadi dan bukan atas arahan parti.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir berkata, "Keputusan untuk tidak kekal dalam kerajaan Pas Kelantan adalah muktamad."
Keputusan parti mengenai perkara ini tiada sebarang perubahan kerana ianya adalah keputusan peringkat pusat.
"Kita di negeri hanya bertindak melaksanakan keputusan ini," katanya ketika ditemui di majlis simulasi Aidilfitri Pakatan Harapan (PH) Kelantan petang semalam.
PKR Kelantan kata beliau kini memberi tumpuan sepenuhnya bagi mengukuhkan PH peringkat negeri.
"PH Kelantan sudahpun menubuhkan sekretariat peringkat negeri dan dalam mesyuarat pertama telah melantik Datuk Husam (Musa) sebagai penasihat. Soal hubungan dengan Pas bagi saya sudah selesai, dan perkara hubungan parti di luar pakatan adalah urusan pihak pusat," katanya.
Semalam, tular di media sosial, seorang ahli PKR, Kamaruddin Zakaria menerima pelantikan sebagai Ahli Majlis Daerah Pasir Mas.
Thus Article Terima pelantikan ahli majlis bukan arahan parti, kata PKR Kelantan
Itulah artikel Terima pelantikan ahli majlis bukan arahan parti, kata PKR Kelantan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Terima pelantikan ahli majlis bukan arahan parti, kata PKR Kelantan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/terima-pelantikan-ahli-majlis-bukan.html
0 Response to "Terima pelantikan ahli majlis bukan arahan parti, kata PKR Kelantan"
Catat Ulasan