Tajuk : Teruja Sangat Sampai Terbaling Mikrofon
link : Teruja Sangat Sampai Terbaling Mikrofon
Teruja Sangat Sampai Terbaling Mikrofon
Mingglu lalu, GOT7 mengadakan konsert di Bangkok Thailand sempena rangkaian konsert jelajah mereka diberi nama “Nestival” yang berlangsung sejak awal Jun lalu.
Konsert yang diadakan selama dua hari itu disaksikan puluhan iGOT7 (gelaran untuk peminat).
Lucunya ada kejadian menarik yang berlaku gara-gara salah seorang anggota, Jinyoung. Penyanyi berusia 22 tahun itu bersungguh-sungguh mengumpulkan cebisan-cebisan kertas yang bertaburan di atas lantai dan kemudian bersemangat melemparkan ke arah peminat. Entah macam mana, dia secara tidak sengaja terlempar sekali mikrofon.
Sebaik saja menyedari mikrofon yang dipegang tidak berada di tangannya, apa lagi, gelabah lah dia.
Dengan reaksi bingung, pelakon drama Legend of The Blue Sea ini mula tercari-cari mikrofonnya selain bimbang kalau-kalau penonton tercedera gara-gara terkena mikrofon yang dibalingnya.
Bagaimanapun, dia akhirnya dia lega kerana menjumpai semula mikrofon tersebut yang dipulangkan oleh penonton. Dia terus meminta maaf kepada penonton sambil bertanya adakah mana-mana peminat yang tercedera. Mujurlah semuanya selamat.
Ini bukan kali pertama anggota kumpulan GOT7 nyaris-nyaris mencederakan peminat mereka sendiri. Sebelum ini, pada satu persembahan lain, Jackson pernah terlajak menendang sebiji bola gergasi sehingga melayang ke arah peminat.
Menyedari perbuatannya, dia segera meluru ke arah peminat tersebut dan memeriksa wajah peminat itu kalau-kalau dia mengalami kecederaan. Nasib baik peminat itu tidak cedera.
The post Teruja Sangat Sampai Terbaling Mikrofon appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tsrHFQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Teruja Sangat Sampai Terbaling Mikrofon
Anda sedang baca artikel Teruja Sangat Sampai Terbaling Mikrofon dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/teruja-sangat-sampai-terbaling-mikrofon.html
0 Response to "Teruja Sangat Sampai Terbaling Mikrofon"
Catat Ulasan