Loading...

Tetapkan Kuota Bagi Eksport Kayu – Exco Johor

Loading...
Tetapkan Kuota Bagi Eksport Kayu – Exco Johor - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tetapkan Kuota Bagi Eksport Kayu – Exco Johor, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tetapkan Kuota Bagi Eksport Kayu – Exco Johor
link : Tetapkan Kuota Bagi Eksport Kayu – Exco Johor

Baca juga


Tetapkan Kuota Bagi Eksport Kayu – Exco Johor

JOHOR BAHRU – Pengeksportan kayu pokok getah perlu diberikan kuota bagi memastikan bekalannya untuk kegunaan industri perabot tempatan sentiasa mencukupi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata cadangan itu susulan wujud permasalahan bekalan di peringkat industri perabot tempatan khususnya di daerah Muar, apabila banyak pokok-pokok getah dieksport ke negara luar terutama China.

“Walaupun China menawarkan harga yang lebih tinggi, kita sebagai rakyat Johor khususnya dan Malaysia amnya sudah pasti akan mempertahankan industri perabot yang telah ada di negeri ini daripada hilang begitu sahaja.

“Ini kerana bekalan yang tidak mencukupi ini bakal menyebabkan industri perabot tempatan tidak berkembang dan menyebabkan mereka yang mahir dalam pertukangan beralih arah mencari pekerjaan dan akhirnya kemahiran tukang perabot ini akan hilang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas pendirian kerajaan negeri berhubung pengeksportan kayu getah yang permasalahannya turut disuarakan pemain industri baru-baru ini.

Ayub berkata selain mengenakan kuota, pengeluaran permit pengeksportan yang terhad juga merupakan jalan yang terbaik dalam mengelakkan persaingan yang tidak sihat serta menjejaskan ekonomi domestik.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) juga akan membuat kajian terhadap kesan pengeksportan kayu getah kepada industri perabot di negeri ini dengan kadar segera bagi memastikan kayu-kayu getah yang ada mencukupi dan tidak menghancurkan industri terbabit.

Selain itu, pendekatan lain adalah mewujudkan Pusat Pameran Antarabangsa Perabot di negeri ini yang menjadi pelengkap kepada Hab Industri Perabot Muar untuk membantu mempromosi industri berkenaan.

“Pusat ini juga akan menarik lebih ramai pembeli perabot dari dalam dan luar negara berkunjung ke daerah Muar dan Tangkak. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sng1pA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Tetapkan Kuota Bagi Eksport Kayu – Exco Johor

Itulah artikel Tetapkan Kuota Bagi Eksport Kayu – Exco Johor Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tetapkan Kuota Bagi Eksport Kayu – Exco Johor dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/tetapkan-kuota-bagi-eksport-kayu-exco.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tetapkan Kuota Bagi Eksport Kayu – Exco Johor"

Catat Ulasan

Loading...