Loading...

Thailand Tahan Lelaki Disyaki Bom Hospital Tentera

Loading...
Thailand Tahan Lelaki Disyaki Bom Hospital Tentera - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Thailand Tahan Lelaki Disyaki Bom Hospital Tentera, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Thailand Tahan Lelaki Disyaki Bom Hospital Tentera
link : Thailand Tahan Lelaki Disyaki Bom Hospital Tentera

Baca juga


Thailand Tahan Lelaki Disyaki Bom Hospital Tentera

BANGKOK – Seorang bekas jurutera di syarikat milik negara, yang membuat pengakuan kepada polis Thailand bahawa “saya tidak suka askar”, ditahan kerana disyaki terlibat dengan kejadian letupan bom di Hospital Pramongkutklao yang dikendalikan tentera bulan lepas.

Selepas ditangkap di daerah Bang Kruai, Nonthaburi pagi semalam, lelaki berusia 62 tahun itu membawa pihak berkuasa ke rumahnya di daerah Bang Khen di mana para penyiasat menemukan beberapa bom paip dan bahan membuat bom termasuk PVC dan paku.

Siasatan awal polis mendapati suspek mempunyi kaitan dengan tiga kejadian letupan bom lain di bandar raya ini sejak 2007.

Seorang wanita, disyaki teman lelaki itu, juga ditahan berhubung kejadian letupan bom di hospital berkenaan, yang menyebabkan 21 orang cedera.

“Agensi berkenaan sedang menyiasat kes ini, tetapi, yang pasti, dialah (suspek) yang melakukannya (meletakkan bom). Pihak berkuasa juga sedang menyiasat motif di sebalik kejadian itu,” kata Timbalan Perdana Menteri Jeneral Prawit Wongsuwan kepada pemberita di Rumah Kerajaan di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek wanita berkenaan pula sedang disiasat kerana disyaki turut memainkan peranan dalam kejadian letupan bom itu.

Menurutnya suspek lelaki itu mungkin bersubahat dengan beberapa rakan lain untuk meletupkan bom di hospital berkenaan.

Prawit, yang juga Menteri Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri, berkata pihak berkuasa mengambil sedikit masa untuk menahan lelaki itu kerana mereka perlu meneliti rakaman banyak kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

Menjawab soalan sama ada letupan bom di hospital itu akan diklasifikasikan sebagai kejadian keganasan, beliau berkata siasatan lanjut perlu dilakukan sebelum keputusan dibuat berhubung aspek itu.

Letupan bom di hospital itu, yang popular dalam kalangan anggota serta pesara tentera dan penduduk tempatan, dikutuk masyarakat sivil dan pertubuhan hak asasi manusia dengan kebanyakan mereka menyifatkannya sebagai tindakan keganasan.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan Mejar Jeneral Kongcheep Tantravanich dalam satu kenyataan berkata lebih 40,000 lagi CCTV akan dipasang di seluruh negara sebagai tambahan kepada 300,000 CCTV yang beroperasi sekarang.

Majlis Keselamatan Negara akan membincangkan isu penambahan CCTV itu pada mesyuaratnya kemudian, katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sG38HH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Thailand Tahan Lelaki Disyaki Bom Hospital Tentera

Itulah artikel Thailand Tahan Lelaki Disyaki Bom Hospital Tentera Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Thailand Tahan Lelaki Disyaki Bom Hospital Tentera dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/thailand-tahan-lelaki-disyaki-bom.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Thailand Tahan Lelaki Disyaki Bom Hospital Tentera"

Catat Ulasan

Loading...