Loading...

THANK YOU FOR THE PAST 8 YEARS, SAYA TIDAK TAHU BENDA BEGINI BOLEH BERLAKU PADA KITA’ part ii

Loading...
THANK YOU FOR THE PAST 8 YEARS, SAYA TIDAK TAHU BENDA BEGINI BOLEH BERLAKU PADA KITA’ part ii - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk THANK YOU FOR THE PAST 8 YEARS, SAYA TIDAK TAHU BENDA BEGINI BOLEH BERLAKU PADA KITA’ part ii, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : THANK YOU FOR THE PAST 8 YEARS, SAYA TIDAK TAHU BENDA BEGINI BOLEH BERLAKU PADA KITA’ part ii
link : THANK YOU FOR THE PAST 8 YEARS, SAYA TIDAK TAHU BENDA BEGINI BOLEH BERLAKU PADA KITA’ part ii

Baca juga


THANK YOU FOR THE PAST 8 YEARS, SAYA TIDAK TAHU BENDA BEGINI BOLEH BERLAKU PADA KITA’ part ii

Loading...

1

Part ii

Tiba di Melbourne pada jam 3.30 petang, saya terus ambil teksi pergi ke hotel yang sudah ditempah seminggu lebih awal. Hari itu hari Ahad kalau tidak silap saya. Perasaan bercampur baur, sejak saya tahu suami curang, rasa cinta kepadanya semakin hari semakin kurang. Ketika berada di Melbourne, saya rasa tinggal 5% lagi perasaan saya pada dia.

Di hari pertama, saya hanya berehat di hotel. Keesokan paginya jam 10 pagi, saya menghubungi suami menggunakan simkad yang dibeli dari airport.

“Hello B! Saya di Melbourne!”

Terus suara dia menjadi panik. “Ha?! Err.. bila sayang sampai? Sayang di mana? Masih di airport?”

“Tidaklah, saya menginap di hotel sekarang. Kiranya mau buat kejutan tetapi macam kurang sihat pula, tak dapat jalan pergi tempat B. B offday kan hari ini? Kita jumpa di Bar ***** jam 7 okay?”

“Ohh okay sayang”.

Dia langsung tidak bertanya tentang keadaan saya, langsung tidak risaukan saya berjalan seorang diri di kota besar tetapi saya hairan, masa itu mungkin dia sibuk memindahkan barang-barang di ke tempat Bob. Saya pun malas nak ambil tahu. Yang saya tahu, malam ini ada perkara besar yang bakal berlaku.

Jam 8, suami menghubungi saya dan bertanya saya berada di mana.

“Okay B, kejap a, saya bersiap sebab saya terlajak tidur bah,”

“Mmmm okay,” katanya.

Saya sengaja membuat dia menunggu lama. Jam 9.30 malam, baru saya datang. Masa itu saya pakai dress warna merah paras lutut belahan dress sehingga ke paha. Pemilik butik mestilah mahu bergaya ketika membalas dendam. Hahaha! Siap pakai heels, rambut curly blonde paras pinggan, make up simple tetapi cantik habis tak terkata. Overall, penampilan saya pada hari itu memang fantastic.

Saya berjalan ke lobi hotel sambil diperhatikan oleh kakitangan hotel (perasaan kejap, hahaha). Sampai sana, terus nampak jantan tak guna itu berdiri di bar sambil minum membelakangi saya. Dengan yakin saya berjalan ke tempat dia. Saya peluk dia dari belakang sambil kata, “Hai B!”

“Ehh??” katanya sambil terpusing-pusing melihat saya. Sekali saya lepaskan pelukan dan dia terbulat, terkaku, terkaras melihat saya dari atas sampai bawah. Saya senyum sambil tanya “kenapa B? Kau tidak kenal saya sudah?”.

Hampir 15 saat juga dia terkaras tanpa berkata apa-apa.

“Sayang….”

“Kenapa B?”

“Kau ka ini?”

Terus saya ketawa sambil terduduk. Saya suruh dia duduk, mata dia langsung tak lari dari melihat saya.

“Sayang, cantik oo kau sayang. Bini saya ka ini?”

Dalam hati saya pada masa itu, “Cis, baru sekarang kau mau berbini-bini? Selama ini mana pergi perkataan bini dalam hidup kau?”. Tetapi saya senyum saja. Dia mau pegang tangan saya, pura-pura saya ambil minuman untuk elak dari dipegangnya.

GAME START

Masa itu dia sudah kelihatan gila bayang. Bercakap bulan dan bintang dah, rindulah, cintalah, sayanglah. Hei, meremang pula setelah sekian lama tidak mendengar perkataan itu dari mulut dia. Masa itu tengok dia pun rasa macam sampah dah. Tetapi demi mahu membalas dendam, saya gagahkan diri.

“Kenapa sayang lambat? Saya tertunggu-tunggu sudah mau berjumpa dengan saya di sini,” katanya.

“Oh tidak terlawan penantian itu seperti saya menunggu kau di Sabah,” balas saya membuatkan dia terus terdiam.

“Sayang marah ka ni? Janganlah bah sayang macam ni. Saya terlampau busy bah mau cari duit. Itulah kadang-kadang saya jarang contact kamu sana,” jelasnya.

Saya mendiamkan diri sambil melayan minuman. Suami asyik memerhatikan saya. Cara dia bercakap dengan saya seperti dia baru jatuh cinta.

“Sayang, saya risau kalau kau lawa-lawa begini. Takut kau di kacau lelaki lain,” katanya.

“Apa mau risau? Saya bukan jenis sundal mau menggatal sana sini. Sekarang baru kau mau risau ka?” jelingan tajam ke wajahnya membuatkan riak mukanya terus berubah.

“B, marilah kita jalan-jalan,”

“Aik? Pergi mana?” soalnya.

“Ada satu tempat istimewa yang saya mau bawa kau. Dari tahun-tahun lalu lagi saya mau pergi sana sama kamu tetapi tiada kesempatan saja bah.”

Terus saya suruh dia tunggu di sana sekejap. Saya pergi luar, deal sama teksi dan minta dihantar pergi ke alamat rumah di mana suami saya tinggal bersama perempuan simpanannya. Terus saya panggil suami keluar dan masuk ke dalam teksi. Dia pun ikut sajalah. Sepanjang perjalanan itu, mata dia tidak lari dari memandang saya. Makin lama, dia semakin mengenali jalan yang kami lalui. Bertambah tidak senang dia nak duduk bila semakin hampir dengan rumah itu. Teksi berhenti di depan pokok di mana tempat saya menangis dulu. Sedih betul saya masa itu, bercampur benci dan marah.

Selepas itu saya turun tetapi suami tak nak turun.

“Marilah turun. Macam kau tak biasa. Ini tempat kau, tidak mau turun,” kata saya membuatkan dia rasa tidak senang dan suruh saya masuk ke dalam teksi semula.

Akhirnya saya berjalan sendiri menuju ke rumah itu. Barulah suami saya berlari dan mengejar saya sambil menarik tangan saya.

“Jangan, jangan begini,” katanya.

Saya tarik tangan saya, terus saya tampar mukanya membuatkan dia terkedu sekejap.

“Sampai bila kau mau lari? Sampai kau mati sama itu pelacur?”

“Sayang please, I messed up real bad,” katanya.

“Tidak payahlah kau mau messed up messed up sekarang bah. Saya sudah lama tahu apa yang kau buat,” kata saya.

Dia terkejut dan merayu-rayu agar saya tidak menganggu perempuan simpanannya itu. Mendengar rayuannya itu membuatkan saya bertambah marah, lalu saya menarik tangannya di bawak depan pintu. Saya ketuk pintu pada jam 12.30 malam. Suami sekadar diam dan pusing di balkoni itu. Bila pintu dibuka, perempuan itu sudah mengandung!

“Woaahhhhh!” terpacul dari mulut saya.

Saya terus masuk ke rumah itu. Gambar suami saya bersama perempuan itu bergantung di dinding, siap dengan photoshoot. Perempuan itu tak berani tengok muka saya. Barangkali dia terkejut melihat muka saya yang sebenar berbanding dalam gambar. Kami bertiga di dalam rumah, saya tengok perut perempuan itu, terus saya tengok muka suami saya lama-lama yang tunduk menahan malu.

“Sayang, macam mana pun saya masih sayang kamu. Itu bukan saya punya, please sayang,” rayu suami.

“Bukan anak kau? Jadi kau sekarang mau cakap itu anak orang lain? Kau volunteer la ni jadi bapa kepada anak itu? Kenapa kau tidak kahwin tapuk saja di sini?” kata saya.

“Sayang, sebenarnya saya kasihan bah dia dianiaya. That’s not my child. Mia tell her!” jelas Kevin.

“Arghh! Saya tidak mahu tau itu semua. Kalau pun bukan anak kau, kau fikir saya nak maafkan kau begitu saja ka?”

Terus perempuan itu menangis, “Atem I’m sorry,” katanya.

Terus saya memandangnya. “Who the hell is you ate, you piece of sh*t?”

“You know he’s married. You know everything. You mus be born to be bitc* a**hole!”

“Sayang jangan begini. Dia pregnant baa itu. Tidak bagus cakap begitu,” kata suami.

“Kau Kevin! Berapa tahun saya tunggu kau macam bodoh di Sabah? Saya percaya kau bulat-bulat, kau tidak kasihankah pada kami yang setiap hari rindukan kau di Sabah? Kau tidak fikirkah macam mana kami menahan rindu sama kau? Anak-anak kau di sana pun kau tak peduli. Selama kau di sini, satu kali saja kau balik melihat mereka. Lepas itu macam-macam lagi alasan kau kan?

“Enough Sherry! Enough!,” tiba-tiba perempuan itu bersuara.

Itu bukan nama saya yang sebenar. Saya terus melangkah ke tempatnya berdiri.

“What did you say? Sherry?” terus saya bagi penampar.

“You have no right to call my name! You disgust me to death! You have no right! Never in a milion year! Paluii kau!” kata saya sambil dipujuk suami.

Saya tenangkan diri seketika, duduk di sofa siap silang kaki lagi.

“Oi couple of the yar, sini kita duduk sama-sama,” kata saya.

Perempuan itu dah menangis-nangis. Ikutkan hati, mahu saya saya belasah dia, mujur dia mengandung. Kami duduklah di sofa, saya pula seperti menguasai rumah itu.

“Hei bitc*h, bring me water,” pinta saya.

Perlahan-lahan dia bangun dan suami kata, “sayang jangan begini baa. Bukan kau suda ni,” katanya.

Perempuan itu nak pergi ke dapur sudah, terus saya panggil untuk duduk semula.

“Siapa sayang kau? Dari hari pertama kau buat benda terkutuk ini, saya bukan bini kau lagi. Apa kau cakap tu? Saya bukan diri saya suda? Kau hah, masih diri kau yang dulu ka kau rasa?” soal saya padanya.

Terus saya tengok perempuan itu atas bawah, “Pathetic! Right after you give birth to that child, then this jerk will leave you and do the same thing like what he did to me.

Sekarang saya mau kau pilih, saya ka, ini perempuan??”

Suami terdiam, pegang kepala sudah dia berdiri mundar mandir sampai menumbuk-numbuk dinding. Saya tengok saja gaya bodoh dia itu. Tetapi perempuan itu kata, “Baby don’t, baby!”

Babylah sangat. Senyum sinis saja saya tengok. Bulih berbaby-baby lagi di depan saya. Terus saya cakap, “Uii baby, jangan begini ba baby. Risau saya nampak baby macam ini,” dengan nada mengejek. Terus mereka berdua diam.

Jam menunjukkan pukul tiga pagi. Sebenarnya panjang lagi perbualan kami tetapi saya ringkaskan isi penting saja.

“Oi Kevin, kau pilih sekarang. Me or her?!” saya desak suami hampir dua jam, saya tekan dia siap dengan ugutan lagi. Akhirnya dia tidak tahan.

“Okay! Saya pilih kau! I choose you!”

Terus saya ketawa sinis sambil berdiri di depan suami dan peluk dia. “Saya tahu kau pilih saya juga,” saya sengaja usap rambut suami di depan-depan perempuan itu. Suami saya tiada kekuatan untuk respon pada pelukan saya di depan perempuan itu.

“See? You are nothing to him,” kata saya pada perempuan itu.

Saya keluar sekejap dan terus menghubungi Bob minta ambil di rumah itu yang ketika itu jam hampir menunjukkan pukul 6 pagi. Saya duduk di balkoni luar menunggu kedatangan Bob dalam cuaca yang sejuk. Sampai saja Bob, terus Kevin cepat-cepat keluar.

“Sayang kau mau jalan?? Kau mau pergi mana? Saya ikut!” katanya.

Terus saya tarik nafas panjang, saya pegang tangan dia dalam keadaan sebak.

“Thank you for the past 8 years. Saya tidak tahu benda begini boleh berlaku pada kita. Walaupun kau ada salah tetapi saya nak cakap juga pada kau. Terima kasih sebab jaga kami selama kau masih di Sabah. Terima kasih sebab jadi bapa yang baik untuk anak-anak kita selama kau di sana.

“Terima kasih untuk kenangan yang terindah dari saat kita mula kenal sehingga sekarang. Terima kasih sebab prihatin mengirimkan kami duit belanja setiap bulan  semasa kau berada di sini. Saya sudah terguna separu daripada duit itu tetapi saya janji akan bayar balik perlahan-lahan,” terus saya tunduk cium tangan dia buat kali terakhir saya bergelar isteri dia dan air mata saya jatuh ketika itu.

“Saya minta cerai,” kata saya.

“Sayang! Tolong sayang, jangan! Saya menyesal,” sampai dia melutut memeluk kaki saya kuat-kuat. Masa itu saya tidak dapat menahan sebak, saya menangis semahu-mahunya.

“Sayang, saya janji sayang, bagi saya peluang kedua. Sayang tolonglah jangan begini. Saya janji, saya sumpah sayang sayang. Tolong sayang, kau tarik balik itu cakap kau. Please sayang, anak-anak kita sayang. Tolonglah,” terus dia berdiri memeluk saya dan menangis-nangis mencium pipi saya.

Tiada upaya saya masa itu sebab saya betul-betul menangis melepaskan segala kesedihan yang saya simpan selama ini. Masa itu saya terimbas kembali waktu kami mula kena, macam mana baiknya dia, suka buat lawak, macam mana kami jatuh cinta. Menangis dan menangis dan menangis.

Habis saja drama menangis-nangis itu, saya terus masuk ke kereta dan meminta Bob hantar saya kembali ke hotel. Sampai di hotel jam 8.30 pagi sambung menangis dan terus tertidur dalam tangisan. Sekali terbangun jam 4 ptang. Masa itu bagi saya semuanya telah selesai. Saya pulang ke Sabah berjumpa dengan anak-anak, peluk mereka sambil menangis-nangis.

Bekas suami pun balik ke Sabah dengan niat mahu memujuk. Dia bawa banyak hadiah untuk anak-anak. Bawa semua barang dia dari sana. Dia pulang ke rumah kami tinggal dulu tepat pada masanya kami sedang berkemas nak keluar dari rumah itu. Dia terduduk dan menangis.

Anak-anak pada masa itu belum faham apa yang berlaku. Berlarian memeluk bapa mereka. Saya tidak tahan sebak, cepat-cepat saya masuk dalm bilik mandi cuci muka sambil menangis. Masa itu dia memujuk say, tetapi saya tiada hati langsung pada dia walaupun saya sebak melihat anak-anak saya gembira.

Saya ringkaskan. Nak uruskan perceraian pun banyak halangan. Macam-macam yang dia buat untuk memujuk saya. Tetapi kalau orang sudah move on, memang benda-benda begitu tiada maknanya lagi. Akhirnya selesai juga kes cerai kami.

Dia tidak pernah menuntut apa-apa dari saya selepas bercerai. Yang saya tahu dia tinggal dan bekerja di Sabah. Setiap minggu dia datang berjumpa dengan anak-anak, dia belikan makanan untuk anak-anak. Kami masih tinggal di rumah dia dan dia menyewa di rumah lain sebab saya tidak mahu tinggal bersama dia. Sampai sekarang dia masih panggil saya sayang, saya pula masih trauma dan belum ada hati untuk bercinta buat masa ini.

Peluang kedua untuk dia? Itu semua rancangan tuhan. Kalaulah boleh putar balik masa, saya memang tidak mahu dia pergi ke Australia. Perempuan itu pula saya dengar dia sudah pulang ke Filipina sebab tiada yang menanggungnya di sana, mungkin. Siapa tahu. What goes around come around.

Itu sahaja kisah daripada saya. Harap you guys enjoy. Sorry kalau tak berapa syiok

Cerita dari Sarah Haron

Sharing is caring!

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2scx1g7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article THANK YOU FOR THE PAST 8 YEARS, SAYA TIDAK TAHU BENDA BEGINI BOLEH BERLAKU PADA KITA’ part ii

Itulah artikel THANK YOU FOR THE PAST 8 YEARS, SAYA TIDAK TAHU BENDA BEGINI BOLEH BERLAKU PADA KITA’ part ii Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel THANK YOU FOR THE PAST 8 YEARS, SAYA TIDAK TAHU BENDA BEGINI BOLEH BERLAKU PADA KITA’ part ii dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/thank-you-for-past-8-years-saya-tidak_45.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "THANK YOU FOR THE PAST 8 YEARS, SAYA TIDAK TAHU BENDA BEGINI BOLEH BERLAKU PADA KITA’ part ii"

Catat Ulasan

Loading...