Loading...

TIDAK PERLU SIDANG TERGEMPAR, KATA AZALINA

Loading...
TIDAK PERLU SIDANG TERGEMPAR, KATA AZALINA - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk TIDAK PERLU SIDANG TERGEMPAR, KATA AZALINA, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : TIDAK PERLU SIDANG TERGEMPAR, KATA AZALINA
link : TIDAK PERLU SIDANG TERGEMPAR, KATA AZALINA

Baca juga


TIDAK PERLU SIDANG TERGEMPAR, KATA AZALINA

Cadangan pembangkang untuk mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membincangkan saman sivil terbaru dikemukakan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat bagi mendapatkan semula aset-aset yang didakwa diselewengkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), adalah tidak perlu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ini kerana isu berkenaan adalah kesinambungan saman sivil yang lama dan perkara itu pernah dijawab dalam persidangan Parlimen yang lepas.

Tambahan pula, beliau berkata pembangkang turut mempunyai pelbagai platform lain pada sidang Parlimen bagi mengutarakan pelbagai isu.

“(Dan) sekarang ini kita ada lebih daripada sesi soal jawab. KIta ada ‘Second Chamber’ yang berlaku pada hari Selasa dan Khamis dan kemudian kita ada Waktu Pertanyaan Menteri yang juga memberi peluang kepada mereka untuk tanya apa-apa soalan.

“Jadi bagi saya, apa gunanya sidang tergempar kalau mereka ada banyak platform untuk menimbulkan apa-apa isu dan mereka tidak pernah berhenti daripada menimbulkan apa-apa isu,” kata Azalina kepada pemberita selepas program bersahur dan beramah mesra bersama anggota keselamatan di Pos Tanjung Sepang, dekat Kota Tinggi pagi tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail semalam yang menuntut sidang tergempar Parlimen diadakan segera dan meminta agar usul berkenaan dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Azalina berkata perdana menteri dijangka mengumumkan pengwujudan mahkamah jenayah seksual yang serupa di setiap negeri semasa perasmian mahkamah jenayah seksual pertama di Putrajaya minggu depan.

“Seperti yang pernah saya sebut dahulu, (pengwujudan) undang-undang jenayah seksual bererti kerajaan begitu serius dalam menangani masalah jenayah seksual kanak-kanak dan mahkamah ini, harapan saya akan memberi pengkhususan kepada hakim dan juga pendakwa raya dalam elemen-elemen kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak,” katanya.

Beliau juga berharap agar mahkamah seupama ini dapat diwujudkan serentak di setiap negeri memandangkan mahkamah di Putrajaya akan mengendalikan kes-kes di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Terdahulu, Azalina turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada petugas keselamatan di Pos Tanjung Sepang. Hadir sama Pegawai Memerintah Regimen Kedua Atileri Diraja Lt Kol Mohd Nasrun Ismail.

– Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sJagDp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article TIDAK PERLU SIDANG TERGEMPAR, KATA AZALINA

Itulah artikel TIDAK PERLU SIDANG TERGEMPAR, KATA AZALINA Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel TIDAK PERLU SIDANG TERGEMPAR, KATA AZALINA dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/tidak-perlu-sidang-tergempar-kata.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "TIDAK PERLU SIDANG TERGEMPAR, KATA AZALINA"

Catat Ulasan

Loading...