Loading...

TUDM Serah Sumbangan Kepada Balu Mejar Mohd Hasri

Loading...
TUDM Serah Sumbangan Kepada Balu Mejar Mohd Hasri - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk TUDM Serah Sumbangan Kepada Balu Mejar Mohd Hasri, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : TUDM Serah Sumbangan Kepada Balu Mejar Mohd Hasri
link : TUDM Serah Sumbangan Kepada Balu Mejar Mohd Hasri

Baca juga


TUDM Serah Sumbangan Kepada Balu Mejar Mohd Hasri

JEMPOL – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menyerahkan cek sumbangan Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (TAPPN) berjumlah RM22,000, kepada balu juruterbang Allahyarham Mejar Mohd Hasri Zahari, Asysyuhadak Ahmad.

Panglima Wilayah Udara 2 TUDM, Mejar Jeneral Datuk Mohd Shabre Hussein berkata sumbangan itu diberikan kerana Allahyarham Mohd Hasri, 31, tergolong dalam kalangan pegawai TUDM yang meninggal dunia semasa menjalankan tugas operasi.

“Pihak Angkatan Tentera Malaysia amnya dan TUDM, khasnya, mengambil berat kebajikan setiap anggota dan keluarga mereka.

“Sekiranya anggota meninggal dunia semasa bertugas, kita juga mengambil berat akan kebajikan balu dan anak-anak mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek sumbangan TAPPN kepada balu Mohd. Hasri di Felda Lui Muda di sini.

Mohd Shabre berkata TUDM sedang menguruskan beberapa faedah kewangan lain yang masih dalam pengiraan Jabatan Arah Rekod dan Pencen seperti pencen terbitan, ganjaran terbitan, faedah gantian cuti rehat, pencen orang tanggungan dan ex-gratia orang tanggungan.

“Selain itu, Koperasi Tentera masih dalam proses pengiraan agihan insuran kelompok, yuran serta simpanan yang telah dicarum Allahyarham sepanjang perkhidmatan dalam TUDM,” katanya.

Mohd Hasri dan rakannya juruterbang Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, terkorban selepas pesawat Hawk 108 yang dinaiki mereka terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu pada 15 Jun lepas.

Pesawat buatan Britain itu dilaporkan hilang dan terputus hubungan pada 11.30 pagi, hari yang sama sebaik berlepas dari Pangkalan TUDM Kuantan, Pahang.

Sementara itu, Asysyuhadak, 30, berkata, dia menghargai sumbangan yang disampaikan oleh pihak TUDM kepada keluarganya.

Ditanya mengenai sambutan Hari Raya yang akan disambut Ahad ini, dia berkata akan menyambutnya di Felda Lui Muda bersama anak tunggal mereka, Nur Hafiya, enam bulan, sebagai memenuhi hasrat suaminya yang ingin berhari raya di sini.

— BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tB7lu2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article TUDM Serah Sumbangan Kepada Balu Mejar Mohd Hasri

Itulah artikel TUDM Serah Sumbangan Kepada Balu Mejar Mohd Hasri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel TUDM Serah Sumbangan Kepada Balu Mejar Mohd Hasri dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/tudm-serah-sumbangan-kepada-balu-mejar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "TUDM Serah Sumbangan Kepada Balu Mejar Mohd Hasri"

Catat Ulasan

Loading...