Loading...

Ugut Letup Mercun Bola Dalam Mulut Sebelum Dirogol

Loading...
Ugut Letup Mercun Bola Dalam Mulut Sebelum Dirogol - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ugut Letup Mercun Bola Dalam Mulut Sebelum Dirogol, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ugut Letup Mercun Bola Dalam Mulut Sebelum Dirogol
link : Ugut Letup Mercun Bola Dalam Mulut Sebelum Dirogol

Baca juga


Ugut Letup Mercun Bola Dalam Mulut Sebelum Dirogol


PASIR MAS – Seorang gadis 17 tahun diugut dimasukkan mercun ke dalam mulut sebelum dirogol secara bergilir-gilir dalam kejadian tragik di Pasir Mas lewat Jumaat lalu.

Lebih memilukan, dia bukan sahaja dirogol oleh kekasihnya sendiri, malah lima lagi rakan suspek yang gagal mengawal nafsu mereka turut melakukan perbuatan terkutuk sama tanpa belas kasihan.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11.45 malam di sebuah wakaf di Sungai Batu, Tok Uban, Pasir Mas, dekat sini.

Katanya, mangsa yang berusia 17 tahun sebelum itu mendapat keizinan ibunya untuk keluar bersama teman lelakinya yang berusia 21 tahun bertujuan makan colek di kedai berhampiran.

“Teman lelakinya itu bagaimanapun membawa mangsa dengan menaiki motosikal di lokasi berhampiran kubur dan berjumpa dengan sekumpulan lelaki di sebuah pondok.

“Disebabkan takut, mangsa cuba melarikan diri dan menjerit meminta tolong tetapi tidak berjaya.

“Mangsa ditangkap kumpulan lelaki berkenaan dan diugut akan dimasukkan mercun bola ke dalam mulut sekiranya melawan.


“Wanita itu kemudian dirogol secara bergilir-gilir oleh semua suspek termasuk daripada teman lelakinya,” katanya dipetik portal Harian Metro.

Din berkata mangsa kemudian meminta teman lelakinya menghantar ke rumah rakan pada jam 4 pagi sebelum dihantar pulang ke rumah di Bukit Panar, Tanah Merah.

Mangsa bersama ibu kemudian membuat laporan di Balai Polis Tok Uban pada Sabtu.

Sehubungan itu, beliau berkata empat daripada suspek yang berusia antara 20 dan 32 tahun ditahan, manakala dua termasuk teman lelaki mangsa melarikan diri.

“Tiga yang ditahan didapati positif dadah dan polis sedang giat mengesan teman lelaki mangsa yang berusia 21 tahun dan seorang lagi rakannya yang berusia 20 tahun.

“Kedua-duanya tinggal di Chetok, Pasir Mas,” katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 dan maksimum 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Ugut Letup Mercun Bola Dalam Mulut Sebelum Dirogol

Itulah artikel Ugut Letup Mercun Bola Dalam Mulut Sebelum Dirogol Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ugut Letup Mercun Bola Dalam Mulut Sebelum Dirogol dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/ugut-letup-mercun-bola-dalam-mulut_93.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ugut Letup Mercun Bola Dalam Mulut Sebelum Dirogol"

Catat Ulasan

Loading...