Tajuk : Unik! Jom Buat Kuih Raya Guna Sikat
link : Unik! Jom Buat Kuih Raya Guna Sikat
Unik! Jom Buat Kuih Raya Guna Sikat
SELAIN juadah wajib ketupat, lemang dan rendang, kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lengkap jika tidak dihidangkan biskut raya untuk meraikan kedatangan tetamu ke rumah.
Biskut dan kuih raya seperti Almond London, Suji, Bahulu, Semprit dan Cornflakes Madu pastinya sudah menjadi kebiasaan dan sering kali dihidangkan di meja-meja setiap rumah yang dikunjungi.
Jadi, untuk mencuba kelainan apa kata anda try buat biskut raya yang unik yang turut menggunakan sikat dalam proses pembuatannya dan difahamkan biskut ulat bulu ini turut menjadi viral dan mungkin boleh digelar biskut of the year memandangkan sambutan yang diterimanya, malah banyak juga kedai-kedai kuih menjualnya di luar sana.
Jom kita check resipi nak buat kuih ulat bulu comel ni! – MYNEWSHUB.CC
BAHAN-BAHAN:
3 1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastard
1 cawan susu pekat manis
1 cawan buttercup
1 penutup esen vanila
Pewarna hijau epal secukupnya
Chocolate cip kecil secukupnya
*setiap sukatan guna cawan yang sama besar
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan tepung jagung, tepung kastard dan mentega sehingga sebati. Sebaiknya gaul menggunakan tangan sebab boleh rasa tekstur doh.
2. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Gaul sebati lagi.
3. Campurkan pewarna hijau dengan secukupnya. Janji dapat warna yang diidamkan.
4. Uli dan jadikan bentuk ulat beluncas. Untuk dapatkan garis-garis tu, gelek atas acuan kuih siput je.
5. Untuk membentuk mata, letakkan coklat cip dihujung doh.
6. Bakar biskut menggunakan api bawah pada suhu 120-130C. Masak sehingga bahagian bawah biskut kelihatan agak coklat.
7. Angkat dan sejukkan. Simpan di dalam bekas kedap udara.
INFO: Jika rasa doh tu keras, tambah buttercup sikit demi sikit. Kalau rasa doh tu lembik sangat, tambahkan tepung jagung.
Sumber: Majalah Rasa
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sOXsss
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Unik! Jom Buat Kuih Raya Guna Sikat
Anda sedang baca artikel Unik! Jom Buat Kuih Raya Guna Sikat dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/unik-jom-buat-kuih-raya-guna-sikat.html
0 Response to "Unik! Jom Buat Kuih Raya Guna Sikat"
Catat Ulasan