Loading...

Unit Khas Siasat Kes Kematian Zulfarhan Ditubuhkan

Loading...
Unit Khas Siasat Kes Kematian Zulfarhan Ditubuhkan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Unit Khas Siasat Kes Kematian Zulfarhan Ditubuhkan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Unit Khas Siasat Kes Kematian Zulfarhan Ditubuhkan
link : Unit Khas Siasat Kes Kematian Zulfarhan Ditubuhkan

Baca juga


Unit Khas Siasat Kes Kematian Zulfarhan Ditubuhkan



JOHOR BAHRU: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menubuhkan satu unit khas bagi melaporkan terus dua perkara yang berkait dengan kematian seorang Pegawai Kadet Laut baru-baru ini, kepada beliau.

Hishammuddin berkata unit itu diketuai Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Nor merupakan tambahan kepada lembaga siasatan yang diwujudkan sebelum ini selain daripada siasatan polis.

Katanya, dengan penubuhan unit itu, beliau berharap dapat menemu bual sendiri rakan-rakan Allahyarham serta meneliti perkara-perkara yang perlu ditambah baik dalam sistem latihan dan pengurusan pelatih di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tanpa ada sebarang karenah birokrasi.

"Saya tidak hadkan hanya Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sesiapa sahaja yang ada maklumat, boleh membantu kita dalam dua perkara ini iaitu membawa pesalah ke muka pengadilan serta melihat kepada apa yang perlu kita tambah baik dan perbetulkan supaya kejadian ini tidak berulang," katanya.

Beliau yang juga merupakan Anggota Parlimen Sembrong berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham di sini, Khamis.

Hishammuddin berkata unit tersebut juga akan memastikan tiada sesiapa terkecuali dalam proses mencari kebenaran kes termasuk para pensyarah yang mengetahui kes.

"Ia adalah berterusan, yang penting kita mahu mencari kebenaran dan kita tidak boleh menetapkan masa untuk mencari kebenaran.

"Bagi saya, secara peribadi, semua tahu sejak saya menjadi Menteri Pelajaran lagi, kes-kes sebegini saya betul-betul mengambil serius," katanya yang baru menyedari Allahyarham mempunyai ikatan kekeluargaan bersama keluarganya.

Sementara itu, dalam kenyataan yang turut diedarkan kepada media ketika lawatan itu, Hishammuddin memberitahu beliau ketika ini sedang menunggu laporan siasatan daripada Lembaga Penyiasatan Khas yang ditubuhkan oleh ATM bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Beliau juga mengarahkan pihak ALK agar mengambil tindakan menggantung kesemua 32 pegawai kadet yang terlibat, sementara menunggu proses siasatan selesai.

Kesemua mereka ini juga akan dipecat daripada perkhidmatan ALK jika didapati bersalah menyembunyikan jenayah kekerasan terhadap Allahyarham daripada pengetahuan pihak atasan.

Malah, jika terdapat mana-mana pegawai dan kakitangan sama ada di ALK atau UPNM yang turut mengetahui kejadian tetapi tidak mengambil tindakan sewajarnya, atau wujud unsur kecuaian dalam melaksanakan tugas, maka mereka juga harus bertanggungjawab termasuk dipecat daripada perkhidmatan, tambahnya.

"Saya juga bersedia untuk berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk melakukan rombakan terhadap pengurusan dan pentadbiran UPNM susulan kejadian ini.

"Selain itu, saya ingin mengingatkan mana-mana pihak yang berkepentingan agar jangan sesekali mengeksploitasikan isu ini demi kepentingan politik serta memenuhi agenda peribadi.

"Ia termasuk menabur fitnah serta mengesyorkan tindakan berteraskan nafsu dan hasad dengki terhadap pensyarah, kepimpinan tertinggi universiti atau mana-mana individu tanpa sebarang justifikasi kukuh dan bersifat semberono," katanya dalam kenyataan tersebut.

Zulfarhan Osman, 21, penuntut tahun ketiga Jurusan Kejuruteraan Elektrik, meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun lepas akibat kesan lebam dan melecur di badan, dipercayai didera rakan dengan seterika wap.

Siasatan awal polis mendapati wujud unsur penderaan hingga menyebabkan kematian. - BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2skQjma

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Unit Khas Siasat Kes Kematian Zulfarhan Ditubuhkan

Itulah artikel Unit Khas Siasat Kes Kematian Zulfarhan Ditubuhkan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Unit Khas Siasat Kes Kematian Zulfarhan Ditubuhkan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/unit-khas-siasat-kes-kematian-zulfarhan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Unit Khas Siasat Kes Kematian Zulfarhan Ditubuhkan"

Catat Ulasan

Loading...