Tajuk : [UPDATE] 36 penuntut direman
link : [UPDATE] 36 penuntut direman
[UPDATE] 36 penuntut direman
SERAMAI 36 individu direman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kematian penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, 32 daripada mereka adalah penuntut UPNM manakala empat lagi dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
Kesemua yang ditahan berusia 20 hingga 21 tahun.
Katanya, laporan polis telah diterima dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Semua yang ditangkap direman sehingga 8 Jun ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya, di Shah Alam, hari ini.
Mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain,21, pegawai kadet laut tahun tiga meninggal dunia di Hospital Serdang 10 malam semalam selepas dibawa beberapa rakannya untuk menerima rawatan mengenai kecederaan di badannya.
Allahyarham dipercayai memiliki kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kakinya.
Berita berkaitan:
• Penuntut UPNM mati didera
• 'Allahyarham pernah mengadu dipukul rakan'
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qHqDfj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article [UPDATE] 36 penuntut direman
Anda sedang baca artikel [UPDATE] 36 penuntut direman dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/update-36-penuntut-direman.html
0 Response to "[UPDATE] 36 penuntut direman"
Catat Ulasan