Loading...

[UPDATE] 'Lega tetapi tidak gembira...'

Loading...
[UPDATE] 'Lega tetapi tidak gembira...' - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [UPDATE] 'Lega tetapi tidak gembira...', Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [UPDATE] 'Lega tetapi tidak gembira...'
link : [UPDATE] 'Lega tetapi tidak gembira...'

Baca juga


[UPDATE] 'Lega tetapi tidak gembira...'

"Saya lega tetapi tidak gembira... tiada apa yang boleh mengembalikan anak saya tetapi lega kerana polis menjalankan tugas dengan pantas," kata Zulkarnain Idros, 53, bapa kepada Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21 ketika dihubungi di Johor Bahru, hari ini.

Zulfarhan penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) meninggal dunia 1 Jun lalu akibat didera menggunakan seterika wap dan dipukul menggunakan pelbagai objek dipercayai akibat dituduh mencuri komputer riba.

Lima penuntut UPNM didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan membunuh Zulfarhan 22 Mei lalu.

Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Md Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri kesemua berusia 21 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Sementara itu, seorang lagi, Abdoul Hakeem Mohd Ali, 21, didakwa dengan pertuduhan bersubahat dengan lima tertuduh itu untuk melakukan perbuatan itu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada mereka.

Seramai 13 lagi penuntut UPNM yang juga berusia 21 tahun turut didakwa di mahkamah sama dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas Zulfarhan bagi maksud hendak memeras mangsa untuk mendapatkan pengakuan mencuri komputer riba.

Mereka ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Akmal Akif Alias, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Zulkarnain berkata, selepas berbincang dengan peguam dan rakan, dia percaya terdapat tiga kategori pendera yang terbabit dalam kes anaknya itu.

"Yang pertama sudah pastilah mereka yang memukulnya, menggunakan senjata dan sebagainya.

"Kedua adalah mereka yang memegangnya, menambah pukulan sama ada menumbuk atau menendang dan ketiga, mereka yang menyaksikan kejadian itu tetapi takut untuk tampil.

"Kategori ketiga ini, mereka tahu tetapi takut dan pada masa sama bersubahat hingga anak saya meninggal dunia," katanya.

Menurutnya, sebagai bapa dia lega apabila suspek kes berkenaan dihadapkan ke mahkamah.

Katanya, dia juga sedar bukan semua 32 orang yang ditahan sebelum ini didakwa namun berpendapat tempoh tahanan reman 14 hari sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk mengenal pasti semua dalang yang mendera anaknya.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak dan yakin dengan kemampuan polis menjalankan siasatan dengan tepat dan telus.

"Cuma saya berharap tempoh lebih lama (reman) bagi mengelak kesilapan manusia dan mungkin tekanan kerana kes ini berprofil tinggi.

"Saya tidak mahu mereka tergesa-gesa hingga ada di antara mereka yang turut mendera terlepas," katanya.

Menurutnya, pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan datang ke rumahnya untuk menguruskan beberapa perkara termasuk berkaitan pencen arwah.

Seramai 36 suspek terdiri daripada 32 penuntut UPNM dan empat penuntut Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) direman tujuh hari bermula 2 Jun hingga 8 Jun lalu.

Empat penuntut UNITEN itu kemudian dibebaskan manakala tempoh tahanan reman 32 penuntut UPNM disambung lima hari lagi sehingga hari ini dan sebahagian daripada mereka didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tlmvCB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article [UPDATE] 'Lega tetapi tidak gembira...'

Itulah artikel [UPDATE] 'Lega tetapi tidak gembira...' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [UPDATE] 'Lega tetapi tidak gembira...' dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/update-lega-tetapi-tidak-gembira.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[UPDATE] 'Lega tetapi tidak gembira...'"

Catat Ulasan

Loading...