Loading...
Tajuk : Video Dakwa Wanita Diculik Di Ibu Negara Tidak Benar
link : Video Dakwa Wanita Diculik Di Ibu Negara Tidak Benar
Video Dakwa Wanita Diculik Di Ibu Negara Tidak Benar
KUALA LUMPUR – Mesej dan video tular di media sosial yang mendakwa seorang wanita diculik sekumpulan lelaki di Jalan Sultan Ismail di sini, adalah tidak benar.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata wanita warga Indonesia berusia 23 tahun itu merupakan suspek kes curi di Gombak.
“Wanita berkenaan (pembantu rumah) ditangkap oleh majikan lamanya dan diserahkan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak…kini mangsa ditahan di IPD Gombak,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata wanita berkenaan disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan kerana mencuri yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.
Rakaman kejadian pada Selasa (semalam) berdurasi 1 minit 22 saat yang tersebar di laman sosial hari ini memaparkan seorang wanita berjalan dengan seorang lelaki, dan kemudiannya dibawa menaiki sebuah kereta oleh sekumpulan lelaki.
Wanita berkenaan cuba melarikan diri, namun ditangkap oleh lelaki berkenaan. – BERNAMA
Thus Article Video Dakwa Wanita Diculik Di Ibu Negara Tidak Benar
Itulah artikel Video Dakwa Wanita Diculik Di Ibu Negara Tidak Benar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Video Dakwa Wanita Diculik Di Ibu Negara Tidak Benar dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/video-dakwa-wanita-diculik-di-ibu.html
0 Response to "Video Dakwa Wanita Diculik Di Ibu Negara Tidak Benar"
Catat Ulasan