Loading...

Video: Lagi Kes Mengamuk Di Bazar Ramadan…

Loading...
Video: Lagi Kes Mengamuk Di Bazar Ramadan… - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Video: Lagi Kes Mengamuk Di Bazar Ramadan…, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Video: Lagi Kes Mengamuk Di Bazar Ramadan…
link : Video: Lagi Kes Mengamuk Di Bazar Ramadan…

Baca juga


Video: Lagi Kes Mengamuk Di Bazar Ramadan…


MIRI – Rakaman video seorang lelaki mengamuk di tapak Bazar Ramadan Stadium Tertutup Miri dalam kejadian Rabu lalu, mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Kamek Miak Sarawak, video berdurasi satu minit 20 saat itu dikongsi 3,344 dan telah ditonton lebih 280,000 kali.

Melalui rakaman, kelihatan seorang lelaki berdiri di tepi kereta pacuan empat rodanya sambil menjerit “Aku Melayu, kau Melayu…” dan menuntut seorang lelaki meminta maaf padanya.


Orang ramai termasuk beberapa peniaga bazar berhampiran cuba menenangkan lelaki terbabit dan mengingatkannya usah berkelakuan seperti itu lebih-lebih lagi di bulan ramadhan.

Menurut pengguna Facebook yang menggunakan nama Sabrena Key, kejadian berpunca apabila lelaki itu berang setelah dihon oleh kereta di belakangnya.

“The truth behind this, lelaki yang teriak Melayu itu mengundur keretanya tanpa melihat orang dan hampir-hampir terlanggar pengunjung bazar (bapa dan anak) dan kereta di belakangnya.

“Kemudian kereta di belakang itu mmembunyikan hon membuatkan lelaki itu marah dan menunjukkan jari tengah, sebelum keluar dari kereta dan ajak bergaduh,” katanya.

Sementara itu di media sosial, netizen berasa kesal dengan tindakan lelaki itu yang dianggap memalukan imej Sarawak.

“Sedih tengok keadaan seperti ini. Walaupun saya Iban tetapi rasa segan nak tengok video seperti ini. Bawalah bersabar banyak-banyak tak kiralah apa bangsa pun. Janganlah perkara seperti ini berlaku di tempat kita lagi,” kata Roselind.

“Janganlah bergaduh di bulan puasa ini. Jangan tambah dosa walaupun kita sudah berdosa. Di bulan ramadhan inilah kita berebut mencari pahala. Tak manis orang tengok kita bergaduh seperti ini,” kata Leo Mashell.

Walau bagaimanapun, netizen kagum dengan sikap orang awam yang tidak putus-putus cuba menenangkan lelaki berkenaan dari terus mengamuk dan difahamkan kes telah diselesaikan setelah individu terbabit memohon maaf kepadanya. – MYNEWSHUB.CC


Thus Article Video: Lagi Kes Mengamuk Di Bazar Ramadan…

Itulah artikel Video: Lagi Kes Mengamuk Di Bazar Ramadan… Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Video: Lagi Kes Mengamuk Di Bazar Ramadan… dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/video-lagi-kes-mengamuk-di-bazar-ramadan_6.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Video: Lagi Kes Mengamuk Di Bazar Ramadan…"

Catat Ulasan

Loading...