Loading...
Tajuk : Video Raya Suka-Suka Guru Jadi Popular
link : Video Raya Suka-Suka Guru Jadi Popular
Video Raya Suka-Suka Guru Jadi Popular
PUTRAJAYA: Menari secara spontan; bersahaja dan mencuit hati. Itu antara aksi 12 guru lelaki Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1) (SKPP 9(1))yang berjaya mencuit hati pengguna di laman sosial apabila video 'miming' lagu Seminggu Berhari Raya, dendangan kumpulan lawak Senario yang dihasilkan mereka mendapat lebih 50,000 tontontan serta dikongsi oleh laman sosial selepas dimuat naik sejak 16 Jun lalu.
Video berdurasi tiga minit itu mula dimuat naik di akaun Facebook milik salah seorang guru sekolah sebelum ia tular di media sosial.
Salah seorang guru berkenaan, Muhammad Hafiz Abd Hamid, 35, berkata, pada mulanya, dia bersama guru-guru lain merancang untuk merakamkan video itu secara suka-suka namun, tidak menyangka ia tular di laman sosial.
Menurutnya, video berkenaan turut menampilkan seramai 19 murid yang turut sama memeriahkan video klip lagu raya berkenaan.
"Kami hanya mengambil masa satu hari sahaja untuk menghasilkan video klip ini dan semua aksi di dalam video itu dilakukan secara spontan malah, tiada sebarang latihan dibuat.
"Bagaimanapun, kami tidak sangka video berkenaan tular di laman sosial sehinggakan ada beberapa guru daripada sekolah lain mahu melakukan perkara sama untuk sekolah masing-masing," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Katanya, video klip berkenaan adalah pertama kali dihasilkan guru-guru sebagai tontonan warga pendidik dan murid sekolah.
Muhammad Hafiz berkata, kebiasaannya, ucapan Hari Raya hanya dibuat menerusi kad raya atau ketika acara maaf-bermaafan antara guru dan pelajar tetapi kali ini dia mahu menghasilkan sesuatu yang segar dan unik.
Video penuh berkenaan boleh diikuti menerusi laman Facebook salah guru berkenaan iaitu 'Sultan KatariPuaka Mohican'.-myMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rTzizX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Video Raya Suka-Suka Guru Jadi Popular
Itulah artikel Video Raya Suka-Suka Guru Jadi Popular Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Video Raya Suka-Suka Guru Jadi Popular dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/video-raya-suka-suka-guru-jadi-popular.html
0 Response to "Video Raya Suka-Suka Guru Jadi Popular"
Catat Ulasan