Loading...

Wanita Bawa Anak Kantoi Curi Barang Kemas

Loading...
Wanita Bawa Anak Kantoi Curi Barang Kemas - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Wanita Bawa Anak Kantoi Curi Barang Kemas, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Wanita Bawa Anak Kantoi Curi Barang Kemas
link : Wanita Bawa Anak Kantoi Curi Barang Kemas

Baca juga


Wanita Bawa Anak Kantoi Curi Barang Kemas


LAGI kes membabitkan seorang wanita mencuri barangan kemas dan kali ini berlaku di sebuah kedai emas di Pasar Payang, Terengganu baru-baru ini.

Menerusi video dan gambar yang dimuat naik pengguna Facebook, Azura Jewels Sdn. Bhd. jelas memaparkan seorang wanita dipercayai mencuri seutas gelang emas.

“Viral! Viral! Viral! Minta tolong sesiapa yang mengenali wanita ini tolong report kepada pihak kami dengan segera,” tulisnya.

Pemilik kedai tersebut turut meminta individu berkenaan untuk memulangkan gelang tersebut dalam tempoh 24 jam.

“Kepada si pencuri tolong pulangkan balik gelang yang awak curi tu dalam masa 24 jam dan kami akan tarik balik laporan polis. Jangan ingat awk selamat! CCTV kedai dan CCTV Allah jelas dan nyata sekali,” tulisnya.

Azura Jewels turut memuat naik laporan polis daripada pekerja tersebut yang menjelaskan ketika kejadian dia didatangi wanita tersebut bersama seorang anaknya untuk membeli dan menempah seutas gelang.

“Dalam masa yang sama perempuan tersebut ingin melihat gelang lain dan saya keluarkan seutas gelang lebih kurang 20 gram serta pada masa sama saya keluarkan satu lagi gelang lain.

“Setelah selesai saya mendapati gelang pertama yang dikeluarkan tiada dan dipercayai diambil oleh pelanggan tersebut tanpa disedari,” katanya.

Menurutnya, kehilangan gelang tersebut disedari ketika proses pengiraan gelang dan mendapati satu gelang hilang.

Bagaimanapun, pemerhatian di laman Facebook Azura Jewels tersebut, tiada perkembangan terkini dan wanita dipercayai suspek masih belum ditahan.

Menerusi ruangan komen, ada netizen yang berkongsi pengalaman sama apabila wanita sama turut dipercayai mencuri di kedai emas mereka. – MYNEWSHUB.CC



Thus Article Wanita Bawa Anak Kantoi Curi Barang Kemas

Itulah artikel Wanita Bawa Anak Kantoi Curi Barang Kemas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Wanita Bawa Anak Kantoi Curi Barang Kemas dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/wanita-bawa-anak-kantoi-curi-barang_5.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wanita Bawa Anak Kantoi Curi Barang Kemas"

Catat Ulasan

Loading...