Tajuk : Wanita Maut, Suami Cedera Parah Kemalangan Motosikal
link : Wanita Maut, Suami Cedera Parah Kemalangan Motosikal
Wanita Maut, Suami Cedera Parah Kemalangan Motosikal
SHAH ALAM – Seorang wanita maut manakala suaminya cedera parah selepas motosikal yang mereka naiki hilang kawalan lalu merempuh sebuah rumah berhampiran tepi Jalan Taman Seri Setia, Tanjong Karang, semalam.
Mangsa yang dikenal pasti sebagai Nur Ayuni Mahassan, 27, berasal dari Chenor, Pahang meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ruslan Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.43 petang itu, penunggang motosikal dan pemboncengnya datang dari arah Tanjong Karang menuju ke bazar Ramadan di Jalan Bomba.
“Siasatan awal mendapati penunggang motosikal tidak dapat mengawal motosikal dengan cermat lalu merempuh sebuah rumah yang berada berhampiran tepi jalan.
“Akibat kemalangan itu, pembonceng maut di tempat kejadian, manakala penunggang cedera parah di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk rawatan susulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ruslan berkata siasatan juga mendapati tiada sebarang kesan brek di lokasi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r8ZYqZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Wanita Maut, Suami Cedera Parah Kemalangan Motosikal
Anda sedang baca artikel Wanita Maut, Suami Cedera Parah Kemalangan Motosikal dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/wanita-maut-suami-cedera-parah.html
0 Response to "Wanita Maut, Suami Cedera Parah Kemalangan Motosikal"
Catat Ulasan