Tajuk : Wanita PAS Selangor Puji Ketua Menteri Melaka
link : Wanita PAS Selangor Puji Ketua Menteri Melaka
Wanita PAS Selangor Puji Ketua Menteri Melaka
KUALA LUMPUR – Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor mengucapkan tahniah diatas tindakan pantas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan pihak polis mengagalkan penganjuran ‘All Malaysia-Golden Gate Revival Convocation (AMGGRC) di negeri itu.
Ketuanya, Wan Hasrina Wan Hassan berkata, tindakan kerajaan Melaka itu satu pengajaran kepada seluruh masyarakat di Malaysia amnya dan kelompok Yahudi Zionis khasnya yang cuba mengambil tempat penting di Malaysia.
“Tahniah diucapkan kepada Ketua Menteri Melaka, Ketua Polis Melaka diatas usaha untuk memastikan program tersebut tidak diteruskan. Gelagat Yahudi Zionis ini telah dirakamkan dan dipersembahkan oleh Allah S.W.T dalam pelbagai tempat dan tema di dalam Al-Quran.
“Sikap mereka ini diketahui gelojoh dengan kuasa dan pengaruh demi memenuhi cita-cita mereka, pastinya tidak akan berhenti untuk menyeru supaya manusia meninggalkan cahaya Islam dan panduan Al-Quran,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Justeru, Wan Hasrina menyeru masyarakat Malaysia berhati-hati dengan agenda pihak-pihak yang berkepentingan jahat untuk menggugat Islam dengan mencampuri keamanan dan kesejahteraan negara selama ini.
Katanya, Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor mahu Kementerian Dalam Negeri bertegas terhadap penganjuran program yang memberi ruang kepada musuh-musuh Islam bertapak di Malaysia.
“Bersama-samalah kita berdoa di kesempatan Ramadhan bulan barakah ini, agar Allah tidak menguji Malaysia dengan fitnah dan bala sehingga kita menjadi pemaksiat kepada Allah,” katanya.
Majlis Syura Ulama PAS baru-baru ini membuat keputusan bahawa hubungan politik Tahaluf Siyasi parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memerintah Selangor telah terbatal.
Keputusan itu dibuat selepas Majlis Syura Ulama PAS mengesahkan PKR banyak melanggar syarat-syarat Tahaluf Siyasi atau kerjasama politik menurut pertimbangan hukum syarak dan akhlak Islam.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR selaku Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih mengekalkan wakil PAS dalam pentadbiran kerajaan Selangor bagi mengelakkan kedudukannya terjejas. -MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rU2mUE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Wanita PAS Selangor Puji Ketua Menteri Melaka
Anda sedang baca artikel Wanita PAS Selangor Puji Ketua Menteri Melaka dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/wanita-pas-selangor-puji-ketua-menteri.html
0 Response to "Wanita PAS Selangor Puji Ketua Menteri Melaka"
Catat Ulasan