Loading...

Warga Tawau Zahir Sokongan Padu Pada Atlet Negara

Loading...
Warga Tawau Zahir Sokongan Padu Pada Atlet Negara - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Warga Tawau Zahir Sokongan Padu Pada Atlet Negara, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Warga Tawau Zahir Sokongan Padu Pada Atlet Negara
link : Warga Tawau Zahir Sokongan Padu Pada Atlet Negara

Baca juga


Warga Tawau Zahir Sokongan Padu Pada Atlet Negara

TAWAU – Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat serta seluruh warga Tawau menzahirkan sokongan padu kepada atlet negara yang akan bertanding pada Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur pada Ogos depan.

Hamisa yang juga wakil rakyat Tanjong Batu berkata diharap menerusi sokongan padu itu atlet negara dapat memenangi banyak pingat sekali gus menjadi juara temasya sukan itu.

“Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah pada tahun 2001, kita memenangi banyak pingat sekali gus dinobatkan juara…dan diharap temasya kali ini atlet kita dapat mengekalkan momentum sama atau lebih lagi dalam mencapai kejayaan untuk negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sempena temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9, di sini, malam ini.

Pada program itu seramai 300 peserta termasuk bekas atlet tinju Sabah yang juga anak jati Tawau Reitz Jaafar menyertai larian obor itu.

Larian Obor KL2017 Peringkat Tawau itu dilepaskan oleh Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Aftar Nurajat di Kompleks Sukan Tawau kira-kira pukul 9.15 malam.

Obor berkenaan tiba di perkarangan MPT dengan dibawa oleh Hamisa selepas diserahkan oleh Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Tawau, Mohd Fadil Sulaiman.

Sabah adalah destinasi kelima larian obor itu, selain daerah Tawau larian itu dijadual menjelajahi beberapa daerah utama lain termasuk, Sandakan, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu serta Sipitang yang akan berakhir pada 8 Jun depan, sebelum diserahkan kepada wakil dari Sarawak.

Edisi ke-29 Sukan SEA akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos depan, manakala edisi kesembilan Sukan Para ASEAN dijadual dari 17 hingga 23 Sept. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rDqnz5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Warga Tawau Zahir Sokongan Padu Pada Atlet Negara

Itulah artikel Warga Tawau Zahir Sokongan Padu Pada Atlet Negara Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Warga Tawau Zahir Sokongan Padu Pada Atlet Negara dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/warga-tawau-zahir-sokongan-padu-pada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Warga Tawau Zahir Sokongan Padu Pada Atlet Negara"

Catat Ulasan

Loading...