Loading...

Wartawan veteran Nor Bahyah Mahmood meninggal dunia

Loading...
Wartawan veteran Nor Bahyah Mahmood meninggal dunia - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Wartawan veteran Nor Bahyah Mahmood meninggal dunia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Wartawan veteran Nor Bahyah Mahmood meninggal dunia
link : Wartawan veteran Nor Bahyah Mahmood meninggal dunia

Baca juga


Wartawan veteran Nor Bahyah Mahmood meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran Nor Bahyah Mahmood, 76, yang merupakan bekas pengarang majalah Kumpulan Utusan, URTV, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.20 pagi di Institut Kanser Negara, Putrajaya.

Allahyarham meninggal dunia setelah lama menghidap kanser hempedu.

Allahyarham merupakan isteri kepada bekas Pengarang Mingguan Malaysia, Allahyarham Ahmad Idris yang meninggal dunia pada Februari tahun lalu.

Utusan Online melaporkan, jenazah arwah akan dibawa ke kediaman Allahyarham di Lorong Enggang 3, Keramat pada jam 9 pagi ini untuk disempurnakan, sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan.

Allahyarham yang mesra dengan panggilan nama penanya, Kak Bam, merupakan wartawan hiburan yang berpengaruh dan popular pada dekad 1970-an hingga 1990-an.

Bakat hebat

Bahyah diingati dalam kalangan teman setugas dan komuniti dalam industri kerana kelembutan tutur bicara dan bakat hebat dalam penulisan.

Mula menceburkan diri dalam bidang kewartawanan di Singapura pada 1965, Bahyah seterusnya berpindah ke Kuala Lumpur pada 1967 hingga bersara pada 1996.

Beliau adalah antara wartawan yang menjadi saksi zaman kegemilangan artis antaranya seperti Sharifah Aini, Sudirman, Fauziah Ahmad Daud, Yusof Haslam, Hail Amir, Noor Kumalasari, DJ Dave, Rafeah Buang, Uji Rashid dan Latiff Ibrahim.

Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang juri yang terlibat dalam memberikan anugerah Seniman Agung P. Ramlee dan Biduan Negara Saloma.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Finas 1991-1993 dan salah seorang yang mengasas Festival Filem Malaysia anjuran Persatuan Wartawan Hiburan (EJA) pada 1980.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rKmxHK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Thus Article Wartawan veteran Nor Bahyah Mahmood meninggal dunia

Itulah artikel Wartawan veteran Nor Bahyah Mahmood meninggal dunia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Wartawan veteran Nor Bahyah Mahmood meninggal dunia dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/wartawan-veteran-nor-bahyah-mahmood.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wartawan veteran Nor Bahyah Mahmood meninggal dunia"

Catat Ulasan

Loading...