Loading...

Wartawan veteran, penulis Rehman Rashid meninggal dunia

Loading...
Wartawan veteran, penulis Rehman Rashid meninggal dunia - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Wartawan veteran, penulis Rehman Rashid meninggal dunia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Wartawan veteran, penulis Rehman Rashid meninggal dunia
link : Wartawan veteran, penulis Rehman Rashid meninggal dunia

Baca juga


Wartawan veteran, penulis Rehman Rashid meninggal dunia

 
Rafique Rashid berkata, punca sebenar kematian abangnya belum diketahui, tetapi mereka menjangkakan ia ada kaitan dengan serangan jantung dialaminya Januari lalu.


Rafique-Rashid_600


KUALA LUMPUR: Penulis dan wartawan veteran, Rehman Rashid, 62, yang pernah mengalami serangan jantung pada Januari lepas, meninggal dunia hari ini.

Adiknya, Rafique Rashid ketika dihubungi Bernama berkata, Rehman meninggal dunia kira-kira 6.30 pagi di Hospital Selayang.

“Buat masa ini, punca sebenar kematian masih belum diketahui, namun kami jangkakan ia ada kaitan dengan serangan jantung yang beliau alami dulu,” katanya.

Beliau berkata, jenazah dijangka dibawa ke rumahnya di Kuala Kubu Bharu sebelum dikebumikan di tanah perkuburan di sana.

Rehman sebelum ini dilaporkan mengalami serangan jantung pada Januari lalu ketika melakukan aktiviti berbasikal.

Beliau pernah bertugas dengan New Straits Times sebagai editor bersekutu dan kolumnis, serta Asiaweek di Hong Kong.

Rehman turut menghasilkan beberapa buku seperti “Peninsula: A Story of Malaysia” dan “A Malaysian Journey”, selain pernah menerima anugerah Wartawan Terbaik 1985 daripada Institut Akhbar Malaysia (MPI).




Thus Article Wartawan veteran, penulis Rehman Rashid meninggal dunia

Itulah artikel Wartawan veteran, penulis Rehman Rashid meninggal dunia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Wartawan veteran, penulis Rehman Rashid meninggal dunia dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/wartawan-veteran-penulis-rehman-rashid.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wartawan veteran, penulis Rehman Rashid meninggal dunia"

Catat Ulasan

Loading...