Loading...

WIRA PERKASA ANJUR KEMPEN ‘MENAPAK SIVARASA SECUKUP RASA’

Loading...
WIRA PERKASA ANJUR KEMPEN ‘MENAPAK SIVARASA SECUKUP RASA’ - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk WIRA PERKASA ANJUR KEMPEN ‘MENAPAK SIVARASA SECUKUP RASA’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : WIRA PERKASA ANJUR KEMPEN ‘MENAPAK SIVARASA SECUKUP RASA’
link : WIRA PERKASA ANJUR KEMPEN ‘MENAPAK SIVARASA SECUKUP RASA’

Baca juga


WIRA PERKASA ANJUR KEMPEN ‘MENAPAK SIVARASA SECUKUP RASA’

Beberapa anggota Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dipimpin ketuanya, Azrul Akmal Saharudin hari ini berkumpul di hadapan pejabat Anggota Parlimen Subang, R Sivarasa di Kota Damansara, Selangor.

Dengan memakai baju hitam dan bersongkok serta membawa bendera PERKASA, mereka dilihat  bergambar sambil memijak lakaran muka pemimpin PKR itu, sebagai simbolik kempen yang dinamakan “Menapak Sivarasa secukup rasa”.

Azrul berkata tindakan itu diambil selepas mendakwa Sivarasa ingkar titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang individu tidak bertauliah berucap di dalam masjid.

“Tindakan biadap Sivarasa ini mengundang murka daripada Sultan Selangor sehingga sultan menitahkan “Sivarasa, you have crossed the line” di dalam suatu majlis dua hari lepas. Hal ini dilaporkan di dalam akhbar-akhbar utama semalam.

“Wira PERKASA Malaysia menganggap tindakan Sivarasa ini adalah suatu tindakan disengajakan kerana di atas kapasitinya sebagai ahli parlimen dan seorang peguam, masakan dia tidak tahu undang-undang dan kuasa Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam di negeri ini.

“Sepatutnya dia lebih arif perkara ini dan mentaati titah daripada Sultan Selangor,” Kata Azrul dalam kenyataannya.

Sultan Sharafuddin Jumaat lalu menegaskan, tindakan Sivarasa berucap di dewan solat Masjid An Nur Kampung Melayu Subang baru-baru ini sebagai ‘melampau batas’.

Baginda turut melarang anggota politik daripada berceramah atau berucap dalam masjid kerana tidak mahu tindakan itu menjadi punca perpecahan umat Islam.

Sehubungan itu, Wira PERKASA mendesak kerajaan mengembalikan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai langkah pencegahan agar semua orang lebih berhati-hati dalam tindakan mereka.

“Kita mahu bertanya kepada kerajaan, apakah tindakan daripada pihak kerajaan apabila sesuatu pihak itu menimbulkan kemurkaan Raja-Raja Melayu seperti dalam kes ini? Adakah tidak ada tindakan boleh diambil?

“Jika tidak ada tindakan yang boleh diambil, maka Wira PERKASA mendesak kerajaan untuk memperkasakan kuasa Raja-Raja Melayu dan meminda perlembagaan agar pihak-pihak yang menimbulkan kemurkaan Raja-Raja Melayu boleh diambil tindakan sewajarnya.
Sivarasa pada 24 Mei lalu mencetuskan kontroversi apabila hadir di masjid berkenaan untuk menyampaikan sumbangan RM71,000 bagi diagihkan kepada surau dan masjid di kawasan parlimen berkenaan.

Sambil menafikan dirinya memberi ceramah politik, Sivarasa bagaimanapun berkata kehadirannya di masjid itu telah disalahertikan sesetengah pihak.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qQRWYI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article WIRA PERKASA ANJUR KEMPEN ‘MENAPAK SIVARASA SECUKUP RASA’

Itulah artikel WIRA PERKASA ANJUR KEMPEN ‘MENAPAK SIVARASA SECUKUP RASA’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel WIRA PERKASA ANJUR KEMPEN ‘MENAPAK SIVARASA SECUKUP RASA’ dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/wira-perkasa-anjur-kempen-menapak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "WIRA PERKASA ANJUR KEMPEN ‘MENAPAK SIVARASA SECUKUP RASA’"

Catat Ulasan

Loading...