Loading...
Tajuk : Wong Soon Koh Tidak Gentar Saman DAP
link : Wong Soon Koh Tidak Gentar Saman DAP
Wong Soon Koh Tidak Gentar Saman DAP
Menteri Kewangan Kedua, Dato Sri Wong Soon Koh menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya bersedia menghadapi tuntutan saman daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak berhubung dakwaan fitnah terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Dr Ting Tiong Choon
“Silakan, saya sudah bersedia. Ini sahaja saya mahu katakan: ‘Who laughs last, laughs best’,” katanya.
Memetik laporan Utusan Borneo, Dr Ting telah menfailkan saman fitnah terhadap Soon Koh kerana kenyataannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang lalu mendakwa Dr Ting bankrap di Australia serta mempunyai dua kerakyatan.
Wong bagaimanapun berkata beliau bersedia menghadapi isu tersebut di mahkamah sekiranya DAP mahu meneruskan saman.
Terdahulu, Dr Ting telah menggesa Wong memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan fitnah ke atasnya sebelum mengambil tindakan undang-undang.
Wong bagaimanapun enggan melakukannya, dan membuat laporan polis terhadap Ting kerana didakwa mengelirukan pengundi Pujut mengenai status kewarganegaraannya.
Menurut Wong, beliau membuat kenyataan berhubung status Dr Ting yang diisytiharkan sebagai bankrap sebanyak dua kali di Australia, semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah berdasarkan fakta dan pencarian rasmi yang dilakukan di Pejabat Insolvensi dan Kebankrapan Australia.
Wong, yang juga presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP), mengemukakan usul memecat Ting pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 12 Mei kerana didakwa mempunyai dua kerakyatan. - Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sW4DSR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Thus Article Wong Soon Koh Tidak Gentar Saman DAP
Itulah artikel Wong Soon Koh Tidak Gentar Saman DAP Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Wong Soon Koh Tidak Gentar Saman DAP dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/wong-soon-koh-tidak-gentar-saman-dap.html
0 Response to "Wong Soon Koh Tidak Gentar Saman DAP"
Catat Ulasan