Loading...

Zakaria harap Idris Jala dapat rungkai kemelut FGV

Loading...
Zakaria harap Idris Jala dapat rungkai kemelut FGV - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Zakaria harap Idris Jala dapat rungkai kemelut FGV, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Zakaria harap Idris Jala dapat rungkai kemelut FGV
link : Zakaria harap Idris Jala dapat rungkai kemelut FGV

Baca juga


Zakaria harap Idris Jala dapat rungkai kemelut FGV

Ketua Pegawai Eksekutif FGV itu memuji kerajaan membuat keputusan bijak dengan melantik pihak ke-3 untuk meneliti dan mencari penyelesaian bagi kemelut dihadapi syarikat perladangan itu.
 
 
zakaria-idris-jala

PUTRAJAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad menyambut baik pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali untuk meneliti penggantungan beliau dan 3 pegawai lain.

Zakaria berharap pelantikan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mampu merungkai segala persoalan dan kemelut yang melanda FGV.

“Bagi saya, bagus cadangan (melantik) Idris, sekurang-kurang tidak adalah timbul isu berat sebelah dan tiadalah penglibatan dari pihak dalaman atau pegawai. Tak elok juga kalau dari kalangan pegawai saya.

“Kalau pegawai saya buat, nanti dia pun serba salah nak buatkan. Saya rasa elok keputusan yang bijak oleh kerajaan untuk melantik pihak ke-3,” katanya selepas soal siasat 4 jam di ibu pejabat SPRM, hari ini.

Semalam, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Zakaria bercuti serta-merta bagi membolehkan siasatan berhubung tunggakan bayaran sebuah syarikat Afghanistan bernama Safitex kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd.

Selain Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn Bhd, Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar juga diminta bercuti.

Susulan itu, kerajaan hari ini melantik Idris sebagai pihak berkecuali untuk meneliti penggantungan Zakaria dan 3 pegawai lain, selain meneliti fakta kes itu dan mencadangkan jalan penyelesaian berhubung kemelut itu.



Thus Article Zakaria harap Idris Jala dapat rungkai kemelut FGV

Itulah artikel Zakaria harap Idris Jala dapat rungkai kemelut FGV Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Zakaria harap Idris Jala dapat rungkai kemelut FGV dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/zakaria-harap-idris-jala-dapat-rungkai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zakaria harap Idris Jala dapat rungkai kemelut FGV"

Catat Ulasan

Loading...