Loading...

Akibat simpan gambar lucah bekas teman wanita

Loading...
Akibat simpan gambar lucah bekas teman wanita - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Akibat simpan gambar lucah bekas teman wanita, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Akibat simpan gambar lucah bekas teman wanita
link : Akibat simpan gambar lucah bekas teman wanita

Baca juga


Akibat simpan gambar lucah bekas teman wanita

MALAYSIA GAZETTE

 
 
KUANTAN – Seorang guru muzik di sebuah sekolah rendah di Maran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan menghasilkan dan memiliki gambar lucah serta memikat isteri orang untuk melakukan persetubuhan haram pada Mac lalu.
 Safriduwan Safar, 43, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali dan minta dibicarakan.

Mengikut pertuduhan pertama, bapa tiga anak itu didakwa menghasilkan 63 keping gambar dan video lucah yang disimpan di dalam dua unit telefon pintar miliknya pada 1.33 tengah hari 1 Mac lepas di sebuah rumah di Lorong Pandan Makmur di sini .

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a)(i) Akta Komunikasi dan Multimedia yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Mengikut pertuduhan kedua pula, Safriduwan didakwa memiliki 63 keping gambar dan video lucah yang disimpan di dalam dua unit telefon bimbit pada jam 6.21 petang 17 Mac lepas di tempat yang sama.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan ketiga pula, suspek didakwa dengan niat jahat telah memikat seorang pembantu tadbir sebuah jabatan kerajaan, yang juga isteri orang berumur 41 tahun, dengan tujuan untuk melakukan persetubuhan haram.

Sehubungan itu dia didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shahrizzat Amadan memohon mahkamah supaya memerintahkan tertuduh agar tidak mendekati, berhubung atau mengganggu mangsa yang juga bekas teman wanitanya sehingga perbicaraan selesai.

Hakim Siti Aminah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin dan membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar tertuduh tidak mendekati mangsa.

Mahkamah menetapkan 1 Ogos ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam. Tertuduh bagaimanapun gagal membayar wang ikat jamin dan telah dihantar ke Penjara Penor.— BERNAMA



Thus Article Akibat simpan gambar lucah bekas teman wanita

Itulah artikel Akibat simpan gambar lucah bekas teman wanita Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Akibat simpan gambar lucah bekas teman wanita dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/akibat-simpan-gambar-lucah-bekas-teman.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Akibat simpan gambar lucah bekas teman wanita"

Catat Ulasan

Loading...