Loading...

Babak Berpeluk Syafiq Dengan Hannah Cetus Kecaman Netizen, Ini Respon Dari Syafiq Kyle

Loading...
Babak Berpeluk Syafiq Dengan Hannah Cetus Kecaman Netizen, Ini Respon Dari Syafiq Kyle - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Babak Berpeluk Syafiq Dengan Hannah Cetus Kecaman Netizen, Ini Respon Dari Syafiq Kyle, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Babak Berpeluk Syafiq Dengan Hannah Cetus Kecaman Netizen, Ini Respon Dari Syafiq Kyle
link : Babak Berpeluk Syafiq Dengan Hannah Cetus Kecaman Netizen, Ini Respon Dari Syafiq Kyle

Baca juga


Babak Berpeluk Syafiq Dengan Hannah Cetus Kecaman Netizen, Ini Respon Dari Syafiq Kyle


DRAMA Mencintaimu Mr Photographer yang disiarkan sejak 3 Julai lalu mengundang padah apabila ia menimbulkan kemarahan orang ramai kerana adegan yang dipaparkan iaitu aksi berpelukan dilihat membelakangkan nilai murni seseorang Islam.

Karya adaptasi arahan Eyra Rahman lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha ini turut dikatakan tidak sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Malah menerusi laman Instagram David Teo selaku produser yang berkongsi sedutan babak drama berkenaan mengundang ketidakpuasan hati netizen.

Rata-rata menyifatkan Mencintaimu Mr Photoghrapher adalah sebuah drama yang sanggup mengabaikan nilai sensitiviti masyarakat beragama Islam apabila terdapat adegan yang tidak sepatutnya disiarkan.

Antara yang menjadi perhatian apabila babak Syafiq Kyle yang dilihat memeluk sambil menyandarkan kepalanya pada bahagian atas dada Hannah Delisha.

Rentetan itu, ada yang mula meluahkan rasa kesal di ruangan komen pada video berdurasi satu minit berkenaan dengan menyifatkan adegan-adegan tersebut secara tidak langsung telah menutup sisi kualiti lakonan aktor itu yang sepatutnya diberi pujian.


Antara komen ditinggalkan netizen di video yang dimuatnaik David Teo di laman instagramnya @davidteo99 pada Rabu.

Di satu sisi, ada juga yang mula membanding-bandingkan lakonan Syafiq dengan pelakon seangkatannya, Saharul Ridzuan yang dilihat tidak memerlukan adegan bersentuhan dalam setiap karya namun tetap dilihat popular.

Mahu Lakonan Ada Kualiti - Syafiq Kyle

Dalam pada itu Syafiq yang dihubungi mStar Online berkata, dia tidak pernah meletakkan apa-apa syarat sama ada untuk menyentuh seseorang ataupun tidak sebaliknya mahu melihat lakonannya mempunyai kualiti.

Katanya apa yang dilakonkan itu adalah sebagai memenuhi jalan cerita drama berkenaan.

"Saya ada teori saya sendiri dan ada juga drama yang saya tak pegang langsung. Kita ikut skrip dan penonton boleh bersuara jangan bersentuh, itu... ini, tetapi mereka tak ada kuasa untuk menilai saya siapa, Hannah siapa atau director siapa kerana kita masing-masing tahu apa yang kita kerjakan," katanya yang sudah mengjangkakan aksi itu akan menjadi isu.

Drama Mencintaimu Mr Photographer diterbitkan Metrowealth Production Sdn Bhd merupakan sebuah drama adaptasi novel karya asal Emma Mariam.

Selain Syafiq Kyle dan Hannah Delisha, turut menjayakan drama 20 episod ini ialah Amy Mastura, Arash Mohd dan Marisa Yasmin.

Ia disiarkan di Astro Ria pada setiap hari Isnin sehingga Khamis bermula pukul 10 malam.

Sumber: mStar Online


Thus Article Babak Berpeluk Syafiq Dengan Hannah Cetus Kecaman Netizen, Ini Respon Dari Syafiq Kyle

Itulah artikel Babak Berpeluk Syafiq Dengan Hannah Cetus Kecaman Netizen, Ini Respon Dari Syafiq Kyle Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Babak Berpeluk Syafiq Dengan Hannah Cetus Kecaman Netizen, Ini Respon Dari Syafiq Kyle dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/babak-berpeluk-syafiq-dengan-hannah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Babak Berpeluk Syafiq Dengan Hannah Cetus Kecaman Netizen, Ini Respon Dari Syafiq Kyle"

Catat Ulasan

Loading...