Loading...

Bin ''Abdullah"

Loading...
Bin ''Abdullah" - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bin ''Abdullah", Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bin ''Abdullah"
link : Bin ''Abdullah"

Baca juga


Bin ''Abdullah"

Oleh Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar

1. Dalam sedikit masa ini, isu membinkan anak zina atau anak tak sah taraf kepada bin Abdullah menjadi topik hangat di kalangan rakyat Malaysia yang prihatin. Ada yang bersetuju anak zina dibinkan Abdullah dan ada yang tidak bersetuju dibinkan Abdullah, bahkan mereka mahu anak zina itu dibinkan kepada suami ibunya iaitu lelaki yang berzina dengan ibu anak itu sehingga menyebabkan kelahirannya. 

Mereka yang mahukan anak zina dibinkan Abdullah adalah dari kalangan ulama dan juga orang awam. Mereka yang membantah juga dari kalangan ulama dan orang awam. 


2. Muzakarah Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan bahawa anak zina atau anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan atau dibinkan kepada lelaki yang berzina sehingga menyebabkan kelahirannya dan lelaki itu mengahwini ibu anak itu. Alasannya ialah haram menasabkan atau membinkan seseorang anak zina kepada lelaki yang bukan bapanya.

3. Fatwa Negeri Perlis pula memutuskan di sebaliknya apabila membenarkan anak tak sah taraf tidak dibinkan kepada Abdullah, tetapi dibinkan kepada suami ibunya yang telah menyebabkan kelahirannya. Alasan yang diberikan untuk menutup keaiban ( malu) anak tersebut pada hari mukanya.

4. Sebenarnya membinkan anak zina kepada bin Abdullah memang betul boleh memalukannya. Tetapi membinkannya kepada lelaki yang bukan bapanya adalah haram, lebih memalukan dan memudaratkan. Jika bin Abdullah memalukan dan memudaratkan, maka dibinkan anak zina dengan bin bapa yang bukan sebenar bapanya lebih memalukan dan lebih memudaratkan.

5. Bayangkan kalau 'bapa' itu tidak berterus terang dengan anak zina itu, bahawa dia adalah anak tak sah taraf, bagaimana urusan perkahwinan anak itu jika dia perempuan, bagaimana dengan urusan harta pusaka dan bagaimana dengan pergaulan anak itu dengan anggota keluarga 'bapa' nya yang bersilang jantina. Tidakkah perkara-perkara seperti ini menimbulkan masalah di kemudian hari.

6. Kesimpulannya, saya menyokong keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan kerana mufti-mufti yang bermuzakarah lebih bertanggungjawab, berautoriti dan berhati-hati sebelum membuat keputusan penting ini. Saya percaya majoriti ulama juga sependapat dengan keputusan muzakarah ini. Saya juga yakin, majoriti umat Islam di Malaysia menerima keputusan muzakarah ini.

7. Anda bagaimana? Sokong yang mana satu ?



Thus Article Bin ''Abdullah"

Itulah artikel Bin ''Abdullah" Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bin ''Abdullah" dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/bin-abdullah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bin ''Abdullah""

Catat Ulasan

Loading...