Loading...

Cuba langgar wanita berpantang, penganggur mengaku tidak bersalah

Loading...
Cuba langgar wanita berpantang, penganggur mengaku tidak bersalah - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Cuba langgar wanita berpantang, penganggur mengaku tidak bersalah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Cuba langgar wanita berpantang, penganggur mengaku tidak bersalah
link : Cuba langgar wanita berpantang, penganggur mengaku tidak bersalah

Baca juga


Cuba langgar wanita berpantang, penganggur mengaku tidak bersalah


AYER KEROH, MELAKA - Lelaki yang dirakam menunjukkan isyarat lucah dan cuba melanggar seorang wanita berpantang sehingga mengakibatkan luka bersalinnya bentan minggu lalu, mengaku tidak bersalah, lapor Berita Harian

Tertuduh, Muhammad Arif Majid, 25, yang menganggur membuat pengakuan tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail. 

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Arif didapati cuba melanggar Nur Fadhilah Mohd Shukri, 21, menggunakan kenderaan Perodua Kancil sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan. 

Tertuduh melakukan perbuatan itu lebih kurang jam 1.15 pagi di tepi Jalan Cenderawasih 1, Taman Cenderawasih, Melaka Tengah, pada 11 Julai lalu. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun serta boleh dikenakan denda dan boleh dipenajarkan sehingga 20 tahun sekiranya menyebabkan kecederaan terhadap seseorang. 

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Shazreen Nadia Saaban memohon tiada jaminan diberikan ke atas tertuduh. Sebaliknya mencadangkan nilai jaminan tinggi sekiranya ditawarkan ke atas tertuduh. 

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu bagaimanapun merayu jaminan dibenarkan, selain memohon jumlah jaminan yang minimum dengan alasan tidak bekerja. 

Selepas mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes. 

Berita berkaitan: 


Sumber : Gengviral


Thus Article Cuba langgar wanita berpantang, penganggur mengaku tidak bersalah

Itulah artikel Cuba langgar wanita berpantang, penganggur mengaku tidak bersalah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Cuba langgar wanita berpantang, penganggur mengaku tidak bersalah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/cuba-langgar-wanita-berpantang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Cuba langgar wanita berpantang, penganggur mengaku tidak bersalah"

Catat Ulasan

Loading...