Loading...

DAP Pulau Pinang perlu ikhlas tandatangani IBR

Loading...
DAP Pulau Pinang perlu ikhlas tandatangani IBR - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk DAP Pulau Pinang perlu ikhlas tandatangani IBR, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : DAP Pulau Pinang perlu ikhlas tandatangani IBR
link : DAP Pulau Pinang perlu ikhlas tandatangani IBR

Baca juga


DAP Pulau Pinang perlu ikhlas tandatangani IBR

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menuntut kerajaan DAP Pulau Pinang supaya tidak berdolak-dalih bersabit isu untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).
 
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu tidak perlu meletakkan pelbagai syarat untuk menandatangani ikrar terbabit.
 
Memetik laporan BH Online, menurut beliau IBR bukan satu bentuk paksaan, sebaliknya ia hadir dari kesedaran setiap agensi dan kerajaan negeri dalam membendung amalan rasuah di negara ini.
 
"Saya tak tahu hebat betul Pulau Pinang ini, terpulanglah dia nak buat ke tidak. Tidak perlu berdolak dalik, biarlah dia sendiri saja tak payah buat, ini komitmen negeri untuk tandatangan bagi memastikan mereka memang mahu bebas rasuah.
 
"IBR satu perkara yang dibuat secara sukarela, kita (SPRM) pelopor, tapi yang nak buat itu dia akan hubungi SPRM, macam hari ini bukan kita minta tapi Tan Sri (Khalid Abu Bakar) datang sendiri," katanya.
 
Katanya, tidak ada satu negeri pun yang menghubunginya secara terus, sebaliknya mana-mana negeri yang mahu melafazkan ikrar itu akan melakukannya secara sukarela, dengan menghubungi pejabat SPRM negeri.
 
"Ini kesungguhan kerajaan negeri dan agensi. Bila nampak sukarela, ada keikhlasannya. Mereka boleh buat macam PDRM, yang dapat lakukan di seluruh negara, ini kita kagum. Kalau buat secara paksa rakyat tidak yakin, " katanya.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis IBR Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini.
 
Terdahulu IBR polis dilafazkan sendiri Khalid, turut disaksikan sendiri Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
 
Selepas melafaz ikrar, Khalid dan Dzulkifli menandatangani dokumen bebas rasuah sambil disaksikan sendiri Ahmad Zahid, serta lebih 200 anggota PDRM yang bersama melafazkan ikrar berkenaan.
 
IBR yang ditandatangani PDRM hari ini dibuat serentak di seluruh negara, sebagai membuktikan komitmen agensi penguat kuasa itu dalam membendung amalan rasuah dalam kalangan anggotanya



Thus Article DAP Pulau Pinang perlu ikhlas tandatangani IBR

Itulah artikel DAP Pulau Pinang perlu ikhlas tandatangani IBR Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel DAP Pulau Pinang perlu ikhlas tandatangani IBR dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/dap-pulau-pinang-perlu-ikhlas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DAP Pulau Pinang perlu ikhlas tandatangani IBR"

Catat Ulasan

Loading...