Loading...

Dengan Rendah Diri Saya Memohon Maaf - Anzalna Nasir

Loading...
Dengan Rendah Diri Saya Memohon Maaf - Anzalna Nasir - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dengan Rendah Diri Saya Memohon Maaf - Anzalna Nasir, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dengan Rendah Diri Saya Memohon Maaf - Anzalna Nasir
link : Dengan Rendah Diri Saya Memohon Maaf - Anzalna Nasir

Baca juga


Dengan Rendah Diri Saya Memohon Maaf - Anzalna Nasir


Pelakon jelita, Anzalna Nasir memohon maaf atas keterlanjuran kata di ruangan komen laman Instagram miliknya.

Akaun Instagram pelakon drama bersiri Memori Cinta Suraya ini menjadi medan perbalahan netizen yang mendakwa adik Anzalna, aktres Afifah Nasir sebagai orang ketiga dalam rumah tangga penyanyi Aliff Aziz.

"Ramai netizen datang menghamburkan kata-kata yang kurang elok dan biadap di ruangan komen saya. Sebagai seorang manusia biasa, siapa yang gembira apabila membaca banyak komen negatif yang datang bertubi-tubi?

"Perkara itu menjadi satu provokasi dan menimbulkan kemarahan. Apabila dalam kemarahan, ayat yang tidak sepatutnya akan keluar dari mulut kita.

"Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk pihak sana," kata Anzalna kepada Astro Gempak.

Tambah pelakon drama bersiri Dendam Aurora ini, dia bertindak untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod privasi adalah bukan kerana takut.

"Saya tak takut, tetapi saya enggan mengeruhkan lagi keadaan. Saya rasakan tindakan untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod private buat masa ini adalah tindakan terbaik dan saya sendiri tidak perlu melibatkan diri dalam perkara ini.

"Apa yang boleh saya katakan, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sejujurnya, saya sendiri rasa gembira melihat Aliff Aziz dan Bella Astillah masih bersama.

"Berkenaan dengan kejadian tersebut, saya harap semua pihak boleh menantikan sendiri kenyataan dari adik saya," kata Anzalna.

Jumaat lalu, Aliff dilaporkan telah ditahan pihak polis atas dakwaan mengasari isterinya, Bella Astillah di sebuah pusat karaoke. Ketika ditahan, Aliff didakwa ada bersama dengan Afifah di pusat karaoke tersebut.

Sumber: Astro Gempak


Thus Article Dengan Rendah Diri Saya Memohon Maaf - Anzalna Nasir

Itulah artikel Dengan Rendah Diri Saya Memohon Maaf - Anzalna Nasir Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dengan Rendah Diri Saya Memohon Maaf - Anzalna Nasir dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/dengan-rendah-diri-saya-memohon-maaf.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dengan Rendah Diri Saya Memohon Maaf - Anzalna Nasir"

Catat Ulasan

Loading...